The Titan
- Home
- Insights
- The Titan Case Study
Titan Case Study
Bakery
Aroma Kek Dari Dapur Rumah
MAMASAB International Sdn. Bhd. adalah contoh terbaik bagaimana bimbingan perniagaan yang tersusun dan pelaksanaan strategi yang tepat mampu mengubah sebuah perniagaan kek buatan tangan dari dapur rumah menjadi empayar F&B yang berkembang pesat di seluruh Malaysia.
Bermula daripada minat terhadap pencuci mulut kini menjadi perniagaan berskala besar dengan lebih 130 kakitangan dan hampir 30,000 pengedar di seluruh negara.
Health & Beauty
Visi Menjadi Realiti
Setiap kejayaan besar bermula dengan satu langkah berani. Begitulah juga kisah NOIR, jenama yang lahir daripada impian seorang wanita untuk membina sesuatu yang bukan sekadar cantik di luar, tapi kuat dan yakin di dalam.
Bagi Eriyca Baiduri, pengasas NOIR, dunia bisnes bukan sekadar tentang menjual produk semata-mata. Ia adalah tentang membina makna untuk memberi peluang kepada wanita untuk ubah hidup, bina keyakinan dan capai kejayaan. Tapi seperti mana-mana perjalanan bisnes lain, jalan ke puncak bukan mudah.
Frozen Food
Keberanian, Kualiti & Strategi
Siapa yang nak berada di tahap terendah? Bila dah hampir dengan impian, tiba-tiba hancur berkecai. Untuk membina semula kejayaan, kita perlu melihat bagaimana segalanya pernah hancur.
Itulah kisah Mohamad Qashrie Md Noh, pengasas Otak-Otak Mr. Noh. Impian bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata apabila kilangnya terbakar. Bukan sahaja hasil kerja kerasnya, tapi juga keyakinan diri hilang sekelip mata.
“Dulu kami jual otak-otak tepi jalan. Saya membesar dengan bau arang dan asap untuk bantu ayah panggang otak-otak depan rumah," Qashrie memulakan cerita.
Motorcycle Services
Jenama Servis Motosikal yang Kian Berkembang
Bagi kebanyakan orang, perubahan cuma berlaku bila keadaan memaksa. Tapi bagi Mohd Mustakim Bin Mohd Munawir, pengasas Dania Garage, setiap kegagalan adalah perjalanan sebenar yang perlu ditempuh untuk kecapi kejayaan.
Perjalanannya bukan sekadar kisah tentang motosikal, tapi tentang keberanian untuk mula semula, setiap kali hidup diuji.
Consultant
Kerja Perlukan Pemimpin
HAPM Consultants Sdn. Bhd. (HAPM) adalah sebuah firma profesional yang dibina atas kekuatan dan kepakaran staf profesionalnya, termasuk pengurus projek dan profesional yang sangat berdedikasi dan telah berjaya menyiapkan banyak pembangunan serta projek pembinaan penting untuk para pelanggan.
Syarikat ini bermula beberapa dekad lalu sebagai Hasmi & Associates kini berkembang menjadi sebuah jenama yang dihormati di Malaysia, terlibat dalam pembangunan infrastruktur kritikal, komersial dan hospital di seluruh negara.
Consultant
Bila Tujuan Jadi Panduan
Bukan semua perjalanan perniagaan bermula dengan impian besar, tapi ada yang bermula dengan keperluan. Bagi Ir. Mohd Zainudin A. Bakar, keperluan itulah yang memaksanya untuk berani melangkah ke dunia perniagaan.
Anak jati Terengganu ini bukanlah lahir sebagai usahawan. Beliau seorang jurutera mekanikal yang membina kerjaya dalam bidang teknikal. Namun beliau memilih untuk berniaga kerana desakan keadaan.
Event Styling
Kreativiti Bertemu Strategi
Pernah dengar tentang Weddings By Emma? Jenama ini bukan sekadar perancang majlis biasa, mereka dikenali kerana keupayaan mengubah setiap majlis menjadi pengalaman yang penuh emosi, tersusun dan berjiwa.
Dengan menggabungkan kreativiti serta strategi untuk menghadirkan pengalaman yang benar-benar berbeza, setiap majlis yang diuruskan membawa cerita dan kenangan yang tersendiri serta direka khas mengikut impian setiap pelanggan.
Pharmaceutical
Bangkit Membina Legasi
Dalam dunia bisnes yang sentiasa berubah dan penuh ketidaktentuan, tidak semua usahawan mampu bertahan, apatah lagi berkembang.
Tetapi bagi Dato’ Ilaia Raja Sagadewan dan Datin Sumitra Ramachandran, setiap cabaran bukan pengakhiran buat mereka. Ia adalah satu peluang untuk fokus semula dan bangkit dengan lebih kuat serta jelas dengan arah tuju.
Hari ini, nama Farmasi Everlife bukan sekadar jenama farmasi biasa. Ia menjadi simbol perjalanan yang penuh jatuh bangun, refleksi diri dan keputusan berani yang diambil pada waktu paling sukar.
Child's Educational
Perjalanan Di Sebalik Kejayaan MommyHana
Setiap perjalanan kejayaan bermula dengan satu niat yang kecil iaitu untuk memberi manfaat.
Bagi Mohd Farid bin Mohamed Sangido, pengasas MommyHana, perjalanan itu bermula bukan kerana mahu menjadi terkenal, tetapi kerana mahu membawa perubahan dalam cara anak-anak belajar dan berkembang.
MommyHana lahir daripada satu impian untuk menjadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menyeronokkan, interaktif dan dekat di hati ibu bapa. Dengan latar belakang kejuruteraan, Mohd Farid melihat peluang untuk menggabungkan teknologi dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Printing
Simbol Penghargaan Kejayaan
Kalau dulu hanya dikenali di sekitar kawasan setempat, hari ini nama Rizal Trophy sudah jauh menembusi pasaran seluruh negara.
Dari pembekal kecil kepada penganjur sukan sekolah dan komuniti, kini jenama ini menjadi pilihan utama untuk pelbagai acara korporat, institusi kerajaan dan organisasi besar di Malaysia.
Di sebalik kejayaan itu, berdirinya seorang figura yang tenang tapi tegas, Mohd Rizal Bin Mohtar, Pengarah Urusan Rizal Trophy Sdn. Bhd.
Beliau bukan sekadar membina syarikat yang menjual trofi dan medal, tapi membina satu legasi yang menjadi simbol penghargaan untuk kejayaan orang lain.
“Saya tak pernah bayangkan perniagaan kecil yang bermula dengan beberapa rak trofi ini boleh jadi jenama nasional,” kata Rizal.
Food & Beverages
Agensi Pengiklanan B2B Berimpak Tinggi
NKMH Media Sdn Bhd diterajui oleh pasangan suami isteri, Nur Khairunnisa Binti Rosli (Nissa) sebagai CEO dan Muhamad Hafiz Bin Che Yahaya (Hafiz) sebagai COO. Kedua-dua pengasas berasal dari keluarga penjawat awam yang sederhana, namun berusaha keras memecah batas kehidupan melalui keusahawanan.
Nissa membina asas dalam dunia pengiklanan dan percetakan dengan hampir enam tahun pengalaman sebelum menubuhkan syarikat sendiri. Hafiz pula berkelulusan kejuruteraan dan pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan sebelum memulakan bisnes kecil-kecilan sejak 2013. Mereka berkongsi nilai kerja keras dan kesungguhan dalam membina sesuatu yang lebih besar demi masa depan keluarga.
Education
Dari Tutor ke Titan:
Pada tahun 2014, pasangan ini menubuhkan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI), yang menjadi asas kepada salah satu jenama akademik paling berpengaruh di Malaysia. Namun, tahun-tahun awal penuh dengan cabaran kewangan pendapatan terhad, tiada gaji, dan kos operasi yang meningkat. Habib bekerja syif malam sebagai pemandu Grab manakala Fana pula terus mengambil kelas tuisyen sambilan. Segala pengorbanan ini dilakukan demi memastikan pusat tuisyen terus bertahan.
Beauty & Cosmetic
Kecantikan Bertemu Kepimpinan
Kisah Beautyspells bukan hanya tentang jualan berjaya, tetapi tentang seorang wanita dari latar belakang sederhana yang berani bermimpi besar dan konsisten membina sesuatu yang lebih bermakna.
Sis Belle membuktikan bahawa gabungan personal branding, sistem pasukan yang kukuh, dan peningkatan berterusan boleh mencipta sebuah empayar perniagaan yang bukan sahaja berdaya saing, malah memberi impak kepada kehidupan ramai orang di sekelilingnya.
Education
Mentransformasi Pendidikan Alternatif Melalui Fokus Strategik dan Kepimpinan
Perjalanan Norlinda Daud daripada tutor di rumah kepada pengasas jenama pendidikan bernilai jutaan ringgit membuktikan kuasa transformasi melalui bimbingan berstruktur dan kepimpinan yang berpaksikan nilai.
Bright Hill Care Center hari ini berdiri sebagai salah satu penyedia pendidikan alternatif paling kukuh dan berprinsip di Malaysia. Ini adalah bukti bahawa pertumbuhan mampan boleh dicapai apabila dipandu oleh fokus, kerendahan hati dan pembelajaran berterusan.
Beauty & Cosmetic
Dari RM50 ke Jenama Bernilai Jutaan Ringgit
Kisah Inai Republic ialah contoh jelas bagaimana visi, bimbingan dan fokus mampu mengubah kegagalan awal menjadi peneraju pasaran.
Dari bisnes skincare yang tumbang kepada fenomena TikTok, Inai Republic membuktikan bahawa kebangkitan berani apabila digandingkan dengan strategi dan disiplin boleh menjadikan permulaan kecil berkembang menjadi jenama yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Medical
Dari Latar Belakang Sains Kesihatan ke Dunia Keusahawanan Medikal
Nor Baity Mohamad memulakan kerjayanya dalam bidang sains kesihatan dengan asas akademik yang kukuh. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM yang kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Biohealth Science) di Universiti Malaya.
Minatnya terhadap bidang perubatan diteruskan apabila beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Biomedical Engineering sambil bekerja sepenuh masa — bukti kepada dedikasi beliau terhadap pembelajaran berterusan dan penguasaan teknikal industri.
Medical
Doktor Viral, Klinik Digital, Jualan Jutaan
Dr. Ahmad Samhan Bin Awang merupakan pengasas kepada HIM Wellness, sebuah klinik digital yang memfokuskan rawatan masalah kesihatan lelaki seperti mati pucuk dan pancut awal. Anak sulung daripada tujuh beradik, beliau dibesarkan dalam persekitaran sederhana; ayahnya seorang guru, manakala ibunya bekerja sebagai kerani.
Semangat keusahawanan beliau mula berkembang sejak kecil apabila membantu neneknya berniaga di pasar dan menjual barangan kecil kepada rakan sekolah.
Laluan beliau dalam bidang perubatan tidak mudah. Selepas gagal dalam ujian perubatan di universiti tempatan.
Food Manufacturer
Dari Rempah Bunga Raya ke Kilang Bertaraf RM14 Juta
Najwa Binti Abu Bakar telah membuktikan bahawa jatuh bukan pengakhiran, tetapi permulaan kebangkitan yang lebih strategik. Dengan kombinasi pengalaman, nilai keluarga, dan bimbingan yang tepat, beliau bukan sahaja meneruskan legasi ibunya, tetapi membina Faiza Marketing sebagai perniagaan bumiputera yang kompetitif dan mampan.
Food & Beverages
Zai Sri Gemilang: Dari Akauntan ke Kuasa Besar Katering Korporat
Norhafizah binti Abd Karim atau lebih dikenali sebagai Fizah merupakan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd., sebuah syarikat katering milik penuh Bumiputera yang kini terkenal dengan jenama profesional serta keupayaan operasi bertaraf korporat.
Dilahirkan dalam keluarga yang berakar umbi dalam industri makanan, datuknya merupakan pengasas HS Catering di Kluang pada tahun 1970-an. Sejak kecil, Fizah sudah terbiasa membantu neneknya di dapur dan ketika majlis keluarga. Namun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan, beliau memilih laluan korporat sebagai penolong akauntan selama tiga tahun.
Jewellery
Dari Karipap ke Kilauan Emas
Matlamatnya ketika itu mudah: mencari rezeki dan menyimpan untuk perkahwinan. Selepas berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur, Fatin bekerja sebagai jurujual beg tangan di KLIA2. Di situlah minatnya terhadap simpanan emas mula berputik walaupun ketika itu beliau sendiri tidak mampu memiliki emas.
Namun, perjalanan awal penuh dugaan. Beliau pernah ditipu RM10,000 oleh pembekal, dan tidak lama kemudian kehilangan suami tercinta akibat limfoma. Dalam masa hanya dua bulan, Fatin kehilangan segalanya wang, pasangan hidup, dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Tetapi satu pesanan terakhir arwah suaminya menjadi pembakar semangat:
Automotive
Dari Jurutera ke Perintis Industri EV
Minatnya terhadap kenderaan mula terserlah sejak sekolah menengah lagi terpesona dengan reka bentuk, spesifikasi dan teknologi automotif. Minat ini mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Robotik) dan memulakan kerjaya membina bot pada tahun 1992.
Antara tahun 1993 hingga 2010, Wawo menimba pengalaman luas sebagai jurutera dan kemudiannya sebagai Pengurus Besar Operasi di tiga syarikat pemasangan kenderaan utama. Beliau turut menjalani latihan di Jepun dalam bidang pemasangan dan pengeluaran. Namun, krisis dalaman syarikat mendorongnya meninggalkan kerjaya stabil itu untuk memulakan perjalanan keusahawanan sendiri dalam sektor automotif.
Let’s Collaborate with Us!
From an early stage start-up’s growth strategies to helping existing businesses, we have done it all! The results speak for themselves. Our services work.
