Visi Menjadi Realiti

Dari Impian Berani Ke Empayar Kecantikan Yang Bertaraf Dunia

Setiap kejayaan besar bermula dengan satu langkah berani. Begitulah juga kisah NOIR, jenama yang lahir daripada impian seorang wanita untuk membina sesuatu yang bukan sekadar cantik di luar, tapi kuat dan yakin di dalam.

Bagi Eriyca Baiduri, pengasas NOIR, dunia bisnes bukan sekadar tentang menjual produk semata-mata. Ia adalah tentang membina makna untuk memberi peluang kepada wanita untuk ubah hidup, bina keyakinan dan capai kejayaan. Tapi seperti mana-mana perjalanan bisnes lain, jalan ke puncak bukan mudah.

“Nak bina bisnes berjaya, semangat dan visi saja tak cukup. Kena ada strategi, sistem dan bimbingan yang betul,” kata Eriyca Baiduri, Pengasas NOIR

Permulaan Yang Penuh Cabaran

Sewaktu jenama NOIR baru bermula, Eriyca dan pasukannya memang ada semangat luar biasa dengan idea yang kuat serta visi yang jelas. Tapi bila nak scale up dari bisnes kecil ke empayar besar, itulah yang menjadi cabaran terbesar buat mereka.

Dalam keadaan itu, Eriyca buat keputusan yang sangat penting dengan mencari pakar yang boleh membimbingnya bina bisnes yang lebih  berjaya. Dia tahu kalau nak pergi jauh, kena ada orang yang dah pernah lalui jalan tu.

Ilmu Bertemu Keberanian

Dengan bimbingan pakar dan struktur yang jelas, NOIR mula menampakkan perubahan. Mereka belajar guna data untuk buat keputusan, bukan ikut rasa. Strategi jualan mula disusun semula, branding diperkukuh dan sistem kepimpinan diperbaiki.

Yang paling penting, semua orang dalam pasukan mula faham visi dan misi perniagaan. Dari situ, budaya kerja mula berubah. Setiap tindakan lebih tersusun dan setiap matlamat lebih jelas.

“Bila kita ada panduan yang betul, baru kita nampak hala tuju sebenar. Kita tak lagi main agak-agak, tapi kita bergerak dengan strategi,” katanya lagi.

Kepimpinan Yang Membawa Kejayaan

Bersama Muhammad Azri, CEO NOIR, mereka berdua menjadi gandingan yang serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Eriyca memimpin dengan semangat dan visi. Azri pula memastikan semua strategi bisnes berjalan dengan teratur dan berkesan.

Mereka menumpukan pada tiga perkara penting yang akhirnya jadi asas pertumbuhan NOIR:

 

  1. Strategi jualan yang tersusun dan jelas. Semua proses dijalankan mengikut sistem.
  2. Pengurusan kewangan yang baik. Setiap keputusan dibuat dengan kiraan, bukan andaian.
  3. Pemasaran yang konsisten. 

 

Gabungan antara semangat, ilmu dan struktur inilah yang akhirnya membawa NOIR ke satu tahap yang luar biasa.

Perkembangan Sebuah Syarikat Kecil

Hasilnya, dalam masa setahun, NOIR berjaya capai peningkatan tiga kali ganda.

Apa yang dulunya cuma impian, kini jadi kenyataan. Setiap strategi yang dirancang, bila dilaksanakan dengan disiplin, mula menunjukkan hasil sebenar. NOIR bukan saja berkembang dari segi angka, tapi juga dari segi pengaruh dan impak sosial.

Hari ini, lebih 24,000 usahawan wanita di bawah ekosistem NOIR berkembang bersama.

Mereka bukan sekadar jual produk. Mereka juga  belajar, bina komuniti dan capai kebebasan kewangan dengan cara yang betul.

NOIR, Bukan Sekadar Jenama

Inilah keunikan sebenar NOIR. Ia bukan sekadar jenama kecantikan, tapi satu gerakan wanita yang yakin, berdikari dan berani.

“Kami nak wanita rasa cantik bukan sebab makeup semata, tapi sebab keyakinan yang datang dari dalam. Bila dia yakin, dia boleh ubah hidup,”  jelasnya.

Di bawah kepimpinan Eriyca dan Azri, NOIR menjadi platform untuk ramai wanita mencari potensi diri. Dari suri rumah kepada usahawan, dari pengguna kepada pemimpin. Setiap perjalanan ada cerita, dan setiap kejayaan bermula dengan satu peluang.

Kejayaan Datang Dengan Tujuan

Apa yang NOIR capai hari ini bukan kebetulan. Ia hasil daripada keputusan berani, ilmu yang betul dan tindakan yang konsisten.

Ramai usahawan hanya fokus pada kerja keras, tapi lupa pada struktur dan strategi. NOIR buktikan bahawa bila semangat disokong dengan sistem, kejayaan bukan lagi mustahil.

Kini, NOIR terus berkembang sebagai jenama kebanggaan tempatan dalam industri kesihatan dan kecantikan serta menjadi contoh bagaimana kepimpinan, kejelasan dan bimbingan yang betul boleh ubah masa depan sesebuah perniagaan.