“Berniaga Tapi Jualan Masih Struggle? Ini 5 Sebab Saya Bawa Usahawan Titan ke China!”
August 14, 2025
rcg-master
Oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
Ramai founder sekarang dah mula guna AI, dah invest dalam tools automation, malah sanggup fly ke luar negara untuk cari supplier. Tapi bila tengok result hujung bulan, sales masih stuck RM50K sebulan. Nak buat RM200K? Jauh lagi.
Baru-baru ni saya bawa sebahagian Titan ke Guangzhou, China. Lawat kilang. Jumpa supplier. Dapat connect dengan ramai pemain industri. Networking bukan calang-calang. Tapi yang lebih penting — cara fikir mereka berubah. Itu yang mahal.
“Masalah bukan pada tools, tapi cara fikir yang kecil dan sempit.”
1. Fikir Kecil, Dapat Kecil
Ramai usahawan Malaysia masih fikir nak survive bulan ni. Bukan fikir nak conquer pasaran global. Dalam trip ke China ni, kita tengok sendiri macam mana satu kedai kecil boleh jual juta-juta hanya fokus satu produk. Mereka bukan buat macam-macam, tapi buat satu benda. Betul-betul.
Macam seorang founder cakap, kilang tu buat 2 juta unit facial mask SEHARI. Kita baru nak mula dengan 5000 unit pun takut.
2. Cepat VS Sempurna
Di China, kelajuan lebih penting dari kesempurnaan. Mereka tak tunggu semua perfect. Mereka launch dulu, test market, then adjust. Kita di Malaysia? Sibuk nak tunggu logo cantik, packaging siap. Tapi tak jalan-jalan.
Mereka sanggup rugi awal semata-mata nak dapat traction. Mereka tahu, bila volume naik, cost akan turun. Simple. Tapi ramai tak sanggup.
3. Networking = Duit
Salah satu kunci besar dalam trip ni, siapa yang kita kenal. Di China, kenal orang yang betul boleh buka pintu ke ribuan kilang. Ramai Titan dapat connect terus dengan supplier, agen shipping, sampai kena block WeChat sebab contact terlalu banyak masuk!
4. Mereka Bekerja Dalam Jemaah
Budaya kerja orang China: semua ada peranan. Seorang buat packaging, seorang buat shipping, seorang buat live selling. Mereka tak buat semua sendiri. Mereka bentuk ekosistem.
Kita? Masih nak buat semua sendiri. Tak nak outsource. Tak percaya team. Last sekali, semua slow.
5. Teknologi Bukan Lagi Pilihan
Mereka pakai AI, automation, big data bukan sebab trend. Tapi sebab kalau tak guna, memang tak sempat. Traffic light pun ada countdown dalam apps mereka. Semua bergerak laju. Sebab tu mereka boleh conquer pasaran Eropah & US walaupun tak pandai cakap Inggeris.
🧭 Tanya Diri Anda Sekarang:
Anda masih fikir pasal nak survive bulan ni, atau dah mula fikir nak conquer pasaran luar?
Siapa dalam circle anda yang boleh buka pintu lebih besar?
Berapa banyak benda yang anda buat sendiri yang sepatutnya boleh di-outsource?
Kalau anda tak boleh jawab dengan yakin… 👉 Itu tanda anda perlu reset dengan bimbingan yang betul.
Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini
Saya dan team RCG dah bantu lebih 100,000 usahawan dari RM0 ke RM10 juta… hingga ke RM500 juta setahun.
Nak RCG beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih. Atau daftar terus di sini:
Saya percaya, bila founder ubah cara fikir dan mula bertindak dengan bimbingan yang betul — result pasti berubah. Tapi ia bermula dengan keputusan anda sendiri. Nak tunggu atau nak maju? Pilih hari ini.
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group