Jualan keseluruhan usahawan bimbingan RCG dijangka cecah RM4 bilion

PETALING JAYA – Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG) menyasarkan nilai jualan keseluruhan oleh usahawan di bawah bimbingannya bertambah kepada RM4 bilion pada tahun ini berbanding RM3.3 bilion jualan yang dicatat pada tahun sebe­lumnya.

Kumpulan pementoran RCG terdiri daripada The Titan dan Titan Circle Plus yang dibim­bing dengan secara dekat oleh Pre­siden dan Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang kini berada pada tahap perkembangan dengan mencatat jualan lebih daripada RM1 juta setahun.

Jualan pada tahun 2025 mencatat pertumbuhan sebanyak 14 peratus berbanding jualan yang dicatat tahun sebelumnya adalah sebanyak RM2.9 bilion.

Azizan berkata, unjuran pertambahan bagi tahun ini bakal dipacu oleh jumlah penyertaan usahawan daripada 200 hingga 350 peserta melalui program-program pementoran khas.

“Misi RCG kini mahu membantu usahawan bukan hanya mencapai jualan RM1 juta setahun, tetapi juga mampu menjana hasil jualan sehingga RM10 juta malahhingga RM100 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Titan’s Inner Circle Meeting (ICM)- Titan Business Leadership Award 2026 di sini baru-baru ini.

Selain itu, Dr. Azizan memaklumkan tiga syarikat di bawah pementoran Titan kini berada dalam fasa transformasi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai Titan’s Inner Circle Meeting (ICM) – Titan Business Leadership Award 2026, beliau menerangkan, ia adalah untuk mengiktiraf hasil usaha dan pencapaian usahawan di samping menjadi platform kepimpinan nasional eksklusif yang menghimpunkan usahawan-usahawan berprestasi tinggi di bawah ekosistem bim­bingan syarikat dari seluruh negara termasuk Singapura.

Penyampaian anugerah ini mengiktiraf pencapaian 161 perniagaan melibatkan 198 pe­nerima anugerah, merangkumi pelbagai kategori berdasarkan prestasi kewangan, pertumbuhan perniagaan dan tempoh penyertaan dalam bimbingan. -KOSMO! ONLINE

Sumber Artikel : (kosmo)
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut : Di Sini