Dari pembekal kecil kepada jenama trofi nasional yang dipercayai
Kalau dulu hanya dikenali di sekitar kawasan setempat, hari ini nama Rizal Trophy sudah jauh menembusi pasaran seluruh negara.
Dari pembekal kecil kepada penganjur sukan sekolah dan komuniti, kini jenama ini menjadi pilihan utama untuk pelbagai acara korporat, institusi kerajaan dan organisasi besar di Malaysia.
Di sebalik kejayaan itu, berdirinya seorang figura yang tenang tapi tegas, Mohd Rizal Bin Mohtar, Pengarah Urusan Rizal Trophy Sdn. Bhd.
Beliau bukan sekadar membina syarikat yang menjual trofi dan medal, tapi membina satu legasi yang menjadi simbol penghargaan untuk kejayaan orang lain.
“Saya tak pernah bayangkan perniagaan kecil yang bermula dengan beberapa rak trofi ini boleh jadi jenama nasional,” kata Rizal.
Permulaan Yang Serba Sederhana
Macam kebanyakan usahawan lain, Rizal memulakan bisnes ini untuk bantu orang dengan menyediakan produk penghargaan yang cantik, berkualiti dan mampu milik. Tapi bila bisnes makin berkembang, cabaran pasti ada.
Pada masa itu, pasukan yang dibina masih kecil. Proses kerja banyak dilakukan secara manual, tiada sistem yang jelas dan kebanyakan keputusan dibuat secara spontan.
Walaupun jualan ada, tapi untuk urus pasukan dan kawal operasi jadi semakin sukar.
“Bila bisnes mula naik, saya sedar kami sebenarnya tak bersedia. Bila semua orang buat kerja ikut cara masing-masing, susah nak capai hasil yang konsisten,” jelasnya.
Rizal tahu, kalau nak pergi jauh, dia perlu ubah cara fikir dan cara urus perniagaan.
Perubahan Bermula Dengan Bimbingan
Perubahan besar bermula abila Rizal diperkenalkan dengan ekosistem keusahawanan RichWorks, bermula dengan program IMKK (Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan), Rizal kemudiannya menyertai program pementoran The Titan.
Dari situ, beliau mula nampak bagaimana bisnes boleh berkembang dengan lebih tersusun. Bukan sekadar dengan kerja keras, tapi dengan strategi dan sistem yang betul.
“Bila saya masuk IMKK, baru saya sedar yang selama ni saya banyak buat ikut rasa, tak ada arah yang jelas. Lepas tu bila join The Titan, saya belajar bagaimana nak bina struktur, pantau prestasi dan cipta budaya kerja yang berkesan,” katanya.
Dari situ, Rizal mula buat perubahan secara berperingkat. Beliau susun semula operasi, lantik staf berpengalaman untuk jadi trainer bagi staf baru dan wujudkan sistem pemantauan prestasi yang lebih jelas.
Langkah kecil ini akhirnya membawa impak besar. Staf baru lebih cepat serap budaya kerja syarikat, dan semua orang tahu apa peranan masing-masing.
Bangunkan Pasukan dan Budaya Kerja Berprestasi
Antara strategi utama Rizal ialah mewujudkan team culture yang berasaskan prestasi dan semangat bersaing sihat. Beliau memperkenalkan sistem ganjaran mingguan dan bonus khas untuk staf yang capai sasaran jualan serta prestasi.
Selain itu, Rizal juga mengambil langkah strategik dengan menggunakan khidmat pihak luar untuk lakukan kerja-kerja rekaan dan pembungkusan.
Ini bukan sahaja menjimatkan kos dalaman, tetapi juga memberi akses kepada kepakaran luar yang membantu tingkatkan kualiti produk.
Dengan itu, pasukan teras Rizal Trophy boleh fokus pada perkara yang lebih strategik seperti pemasaran, jualan dan mengembangkan pasaran.
Hasil Yang Membanggakan
Hasilnya bukan biasa-biasa. Satu pencapaian besar bagi sebuah syarikat yang bermula secara kecil-kecilan.
Tapi bagi Rizal, angka bukan segalanya. Yang lebih membanggakan baginya ialah melihat pasukan yang dulunya kecil kini berkembang menjadi lebih 25 orang, masing-masing faham tanggungjawab dan bergerak ke arah visi yang sama.
“Kejayaan bukan datang dari saya seorang. Ia datang dari sistem yang kuat dan pasukan yang bersatu. Bila semua tahu hala tuju, bisnes boleh berkembang dengan lebih stabil.”
Melangkah ke Hadapan Dengan Keyakinan
Hari ini, Rizal Trophy bukan lagi sekadar pembekal trofi. Ia menjadi jenama nasional yang sinonim dengan kualiti dan kepercayaan membekalkan trofi, medal serta cenderamata kepada pelbagai sektor korporat dan kerajaan.
Dengan sistem operasi yang lebih kukuh, Rizal kini bersedia untuk membawa jenamanya ke tahap yang lebih tinggi.
Dari perniagaan secara kecil-kecilan, kini menjadi sebuah syarikat nasional. Kisah Rizal Trophy membuktikan keberanian seorang pemimpin membina semula bisnesnya dengan sistem, strategi dan semangat membuahkan kejayaan yang besar.
