Bagaimana jatuh bangun membina semula keyakinan, strategi dan kejayaan sebuah jenama pendidikan interaktif.
Setiap perjalanan kejayaan bermula dengan satu niat yang kecil iaitu untuk memberi manfaat.
Bagi Mohd Farid bin Mohamed Sangido, pengasas MommyHana, perjalanan itu bermula bukan kerana mahu menjadi terkenal, tetapi kerana mahu membawa perubahan dalam cara anak-anak belajar dan berkembang.
MommyHana lahir daripada satu impian untuk menjadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menyeronokkan, interaktif dan dekat di hati ibu bapa. Dengan latar belakang kejuruteraan, Mohd Farid melihat peluang untuk menggabungkan teknologi dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Hasilnya, terciptalah produk pendidikan interaktif yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, tetapi juga memudahkan ibu bapa mendidik anak dengan lebih berkesan.
“Keusahawanan bukan sekadar menjual produk. Ia tentang menyelesaikan masalah sebenar dan memberi kesan positif kepada masyarakat” katanya.
Permulaan yang Pantas dan Penuh Harapan
Pada awal penubuhan, MommyHana mencatat peningkatan yang sangat luar biasa. Produk mereka mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa di seluruh negara.
Setiap pelancaran produk baharu seakan-akan mencipta gelombang. Penjualan meningkat, jenama semakin dikenali dan keyakinan pelanggan terus bertambah. Namun, kejayaan yang datang terlalu cepat kadangkala mengundang ujian yang lebih besar.
Permintaan semakin meningkat, operasi semakin kompleks dan pasukan pula berkembang pantas. Dalam keghairahan mengejar peluang, struktur dan strategi jangka panjang tidak diberi perhatian secukupnya. Masalah aliran tunai, jurang kepimpinan dan kekeliruan arah perniagaan mula menimbulkan cabaran besar.
Pada satu tahap, peningkatan jualan yang dahulunya rancak mula perlahan. Pendapatan yang stabil mula mendatar dan akhirnya, menurun.
“Saya mula sedar, pertumbuhan tanpa asas strategi yang kukuh hanyalah ilusi. Ia tidak akan bertahan lama” katanya lagi.
Titik Kesedaran dan Keberanian Untuk Berubah
Bagi Mohd Farid, saat itu menjadi titik tolak untuk bermuhasabah dan masa untuk ‘reset’ semula hala tuju dan mencari semula makna sebenar kejayaan. Beliau tahu, jika ingin melihat MommyHana terus maju, sesuatu perlu dilakukan.
Beliau mencari panduan perniagaan yang profesional, bukan sekadar untuk mendapatkan nasihat bisnes, tetapi bimbingan ke arah strategi dan struktur yang betul.
Di situlah pertemuannya bersama RichWorks Consulting Group (RCG) yang membawa sinar baharu dalam perniagaannya.
Melalui bimbingan SME consulting yang tersusun dan praktikal, Mohd Farid mendapat pendedahan mendalam tentang penstrukturan kewangan, pembangunan kepimpinan dan strategi pertumbuhan yang mampan.
“RCG bukan sekadar memberi teori, mereka membantu saya melihat perniagaan dengan cara yang lebih strategik dan berfokus” luahnya.
Kebangkitan Semula
Dengan panduan dari RCG, MommyHana mula menyusun semula model perniagaannya. Segala proses operasi diperhalusi, sistem kewangan diperbetulkan dan strategi pemasaran diperkuatkan. Pendekatan baharu ini menggabungkan perancangan kewangan yang teratur, transformasi digital serta pembangunan kepimpinan pasukan.
Hasilnya, perubahan mula dirasai. Aliran tunai menjadi lebih stabil, pasukan lebih berdaya dan hubungan dengan pelanggan semakin kukuh. Dari perniagaan yang hampir hilang arah, MommyHana kembali mendapatkan rentaknya.
Selepas tempoh mencabar itu, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Pendapatan MommyHana bukan sahaja pulih, malah melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah syarikat. Data dan strategi kini menjadi asas keputusan, manakala kepimpinan yang jelas memastikan setiap langkah diambil dengan yakin.
Kini, MommyHana berdiri lebih kukuh daripada sebelumnya. Ribuan ibu bapa dan anak-anak mendapat manfaat daripada produk pendidikan yang mereka hasilkan.
Daripada sebuah syarikat kecil yang bermula dengan impian, MommyHana kini menjadi jenama pendidikan yang dipercayai dan disegani di Malaysia.
“Perjalanan ini mengajar saya bahawa kejayaan bukan diukur dengan seberapa pantas kita naik, tetapi sejauh mana kita mampu bertahan, belajar dan bangkit semula” katanya mengakhiri perbualan.
