Kreativiti Bertemu Strategi

Meningkatkan pengalaman majlis melalui kepakaran dan sentuhan peribadi.

Pernah dengar tentang Weddings By Emma? Jenama ini bukan sekadar perancang majlis biasa, mereka dikenali kerana keupayaan mengubah setiap majlis menjadi pengalaman yang penuh emosi, tersusun dan berjiwa. 

Dengan menggabungkan kreativiti serta strategi untuk menghadirkan pengalaman yang benar-benar berbeza, setiap majlis yang diuruskan membawa cerita dan kenangan yang tersendiri serta direka khas mengikut impian setiap pelanggan.

Dengan menekankan kepercayaan pelanggan sebagai asas utama, jenama ini kini mengurus lebih daripada lapan majlis setiap bulan dan mencatat pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, kejayaan hari ini tidak datang dengan mudah. Bagi Zuraida Jaafar, pengasas dan CEO Weddings By Emma, perjalanan ini penuh pelajaran tentang pentingnya struktur, fokus dan kejelasan visi untuk menjadikan minat sebagai bisnes yang mampan.

Minat Saja Tak Cukup Untuk Berkembang

“Saya memang minat hasilkan pengalaman yang orang akan ingat seumur hidup. Tapi bila saya mula bina Weddings By Emma, saya sedar minat semata-mata tak cukup. Saya perlukan ilmu dan hala tuju yang jelas untuk berkembang,” katanya.

Bermula sebagai minat mendalam terhadap seni acara, akhirnya berkembang menjadi satu misi untuk mencipta majlis yang bukan sekadar indah di mata, tapi juga lancar dan tenang untuk setiap pelanggan.

Zuraida mula menyusun semula cara kerja syarikatnya. Setiap majlis bukan lagi hanya tentang kreativiti visual, tetapi pengalaman menyeluruh dari perancangan hingga pelaksanaan, semuanya disusun dengan strategi yang teliti.

Peluang Untuk Perbaiki Strategi

Apabila pandemik melanda, industri majlis perkahwinan lumpuh seketika. Majlis terpaksa ditunda, pelanggan gelisah dan ketidaktentuan melanda semua. Tapi bagi Zuraida, inilah masa untuk perbaiki strategi.

“Saya tak boleh biar pelanggan rasa ditinggalkan. Saya sendiri turun padang, berhubung dengan mereka satu persatu, dengar kebimbangan mereka dan beri jaminan bahawa kami tetap bersama mereka,” katanya lagi.

Tindakannya bukan sekadar mengekalkan pelanggan, tapi membina semula kepercayaan dalam masa yang paling mencabar. Dari situ, Zuraida sedar bahawa ketahanan dan komunikasi jujur bukan pilihan, ia adalah keperluan untuk bertahan lama.

Melangkah Lebih Jauh Dengan Ilmu

Apabila menyertai RichWorks Consulting Group (RCG), segalanya berubah. Di bawah bimbingan perniagaan yang tersusun dan berpandukan sistem yang terbukti, Zuraida mula nampak arah sebenar.

Beliau belajar bagaimana mengurus kewangan dengan lebih bijak, menyusun operasi yang efisien dan membina strategi pemasaran yang betul untuk pertumbuhan mampan.

“Bimbingan daripada RCG bantu saya nampak dengan lebih jelas apa yang perlu saya perbaiki, apa yang boleh digunakan dan bagaimana nak urus pasukan dengan yakin,” jelasnya.

Dengan bimbingan itu, Weddings By Emma mula melangkah lebih jauh. Sistem pengurusan pelanggan dioptimumkan, proses kerja diperkemas dan jenama ini diposisikan semula untuk pertumbuhan jangka panjang yang lebih stabil.

Pertumbuhan Mampan Melalui Struktur dan Strategi

Kini, Weddings By Emma menjadi antara nama yang dipercayai dalam industri majlis perkahwinan. Namun bagi Zuraida, kejayaan ini bukan sekadar angka, tapi ia adalah hasil gabungan antara kreativiti, strategi dan komitmen untuk sentiasa memperbaiki diri.

Weddings By Emma terus memastikan setiap pelanggan menerima layanan yang luar biasa, disesuaikan dengan visi dan impian mereka sendiri.


Semangat Yang Menghidupkan Jenama
Bagi Zuraida sendiri, setiap cabaran dan perubahan, semuanya menjadi peluang untuk berkembang semula dengan cara yang lebih matang dan tersusun.

Beliau belajar untuk tidak takut bermula semula kerana bila kita jelas dengan arah dan tahu sistem mana yang berkesan, kita bukan sekadar teruskan bisnes, malah naik ke tahap yang lebih tinggi.

Itulah semangat yang menghidupkan Weddings By Emma hari ini. Gabungan antara kreativiti, strategi dan keberanian untuk sentiasa berkembang.