Refleksi dan kesedaran diri membentuk kepimpinan dan legasi dalam industri pembinaan Malaysia.
HAPM Consultants Sdn. Bhd. (HAPM) adalah sebuah firma profesional yang dibina atas kekuatan dan kepakaran staf profesionalnya, termasuk pengurus projek dan profesional yang sangat berdedikasi dan telah berjaya menyiapkan banyak pembangunan serta projek pembinaan penting untuk para pelanggan.
Syarikat ini bermula beberapa dekad lalu sebagai Hasmi & Associates kini berkembang menjadi sebuah jenama yang dihormati di Malaysia, terlibat dalam pembangunan infrastruktur kritikal, komersial dan hospital di seluruh negara.
Namun di sebalik legasi syarikat ini, ia dipimpin oleh seorang wanita yang tidak pernah bercita-cita untuk berada di barisan hadapan.
“Saya tidak membesar dengan impian menjadi Pengarah Urusan. Saya hanya fokus pada kerja sehingga saya sedar, kerja itu memerlukan seorang pemimpin,” katanya.
Pemimpin itu adalah Sr Hjh Saidatul Kesuma Dewi Ismail, seorang juru ukur kuantiti dan pengurus projek yang berpengalaman dalam projek berskala besar, termasuk Menara Telekom.
Menjelang 2004, beliau mula melangkah ke arena kepimpinan. Dan pada 2007, secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Urusan HAPM Consultants.
Biar Hasil Kerja Berbicara
Industri pembinaan terkenal sebagai medan yang didominasi oleh kaum lelaki, namun Hjh Kesuma tidak melihat itu sebagai halangan, sebaliknya ia menjadi realiti yang perlu dihadapi. Daripada berebut perhatian, beliau memilih untuk biarkan hasil kerja berbicara.
Dengan disiplin yang teguh, beliau membimbing bakat teknikal muda dan mengekalkan pelanggan setia. Di bawah arahannya, HAPM Consultants menjadi kuasa senyap dalam perundingan pengurusan projek, terutama dalam infrastruktur kesihatan, di mana perancangan jangka panjang dan kejelasan kos adalah sangat penting.
Kepimpinan Operasi Kepada Kepimpinan Legasi
Menjelang 2020, perniagaan stabil, tetapi Hjh Kesuma mula bertanya kepada dirinya sendiri, apa yang akan berlaku jika beliau undur diri? Bolehkah perniagaan ini terus berkembang tanpanya?
Pertanyaan itu membuka pintu untuk perubahan strategik. Beliau menyertai program pementoran The Titan di bawah RichWorks Consulting Group (RCG).
Bukan untuk membetulkan sesuatu yang rosak, tetapi untuk beralih daripada kepimpinan operasi kepada kepimpinan legasi.
Melalui teknik bimbingan yang tersusun, Hjh Kesuma mula memperkenalkan KPI bagi setiap jabatan. Beliau juga melaksanakan ‘real-time dashboard’ untuk pemantauan projek dan kewanga, membina barisan kepimpinan kedua untuk mengurangkan kebergantungan peribadi serta menyusun semula nilai syarikat.
“Kami berhenti berfikir hanya dari perspektif projek. Kami mula berfikir dari perspektif perniagaan dan apa yang mesti wujud supaya firma ini terus bertahan melebihi kehadiran saya,” katanya lagi.
Strategi Untuk Berkembang Lebih Jauh
Perubahan mindset ini memberi kesan besar kepada operasi HAPM. Pertumbuhan tahun demi tahun menjadi lebih stabil dan mampan hasil daripada peningkatan margin, struktur pasukan lebih efisien dan nilai kitaran hidup pelanggan yang lebih tinggi.
Daripada mengejar pengembangan secara besar-besaran, Hjh Kesuma menumpukan pada skala terpilih, sumber bijak dan penyelarasan budaya syarikat.
Pasukannya menjadi lebih ringkas, jelas dalam tujuan dan lebih berkuasa untuk memimpin.
Tak Bising Untuk Beri Impak
Bagi Hjh Kesuma, HAPM Consultants bukan sekadar syarikat, tapi ia adalah sebuah platform legasi.
Kisahnya membuktikan bahawa kepimpinan yang konsisten dan tenang, digabungkan dengan tindakan strategik mampu mentakrif semula apa itu kejayaan dalam dunia perundingan pembinaan.
“Kita tak perlu bising untuk memberi impak. Cukup dengan jelas dalam nilai kita, tersusun dalam cara kita bertindak dan fokus dalam cara kita berkembang,” jelasnya.
Di HAPM, legasi bukan tentang nama di papan tanda, tetapi tentang kesan yang ditinggalkan melalui tindakan yang konsisten, kepimpinan yang jelas dan strategi yang bijak.
