Dari Rempah Bunga Raya ke Kilang Bertaraf RM14 Juta

Bagaimana Najwa Binti Abu Bakar meneruskan legasi keluarga dan membina Faiza Marketing dengan strategi pasukan, struktur kewangan, dan bimbingan berfasa.

Profil Pengasas: Pewaris Usahawan dari Generasi Pertama

Najwa Binti Abu Bakar merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik, dan satu-satunya yang tidak menamatkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Dibesarkan dalam keluarga usahawan sederhana, ayahnya merupakan seorang hakim Mahkamah Syariah, manakala ibunya berasal dari Kaherah, Mesir — pengasas kepada jenama Rempah Faiza yang terkenal.

Najwa mula terdedah kepada dunia perniagaan sejak kecil. Setiap cuti sekolah digunakan untuk membantu ibunya menjual rempah ke kedai-kedai di Johor. Beliau aktif bekerja sambilan sebagai jurujual produk kecantikan dan akhirnya menyertai syarikat keluarga pada 1996 selepas ibunya memperoleh lesen pemborong beras.

Peralihan dari Sokongan ke Kepimpinan

Beliau memegang pelbagai peranan dalam syarikat: bermula sebagai jurujual beras, kemudian Eksekutif Jualan (1997), Pengurus Sumber Manusia (2000–2002), Ketua Jabatan Kawalan Kredit Faiza Sdn Bhd (2003–2009), dan akhirnya dilantik sebagai Pengarah Urusan Faiza Marketing Sdn Bhd sejak 2003.

Dengan semangat untuk menyambung legasi keluarga, Najwa menyasarkan agar Faiza Marketing bukan sekadar perniagaan rempah tetapi menjadi syarikat pengedaran makanan bumiputera yang setanding dengan gergasi industri seperti Nestlé.

Transformasi Perniagaan: Dari Ketidaktentuan ke Kejelasan Strategi

Kegagalan Perancangan dan Beban Hutang

Pada tahun 2015, Najwa membuat pelaburan besar membina kilang bernilai RM14 juta di Bandar Baru Enstek dengan pembiayaan MARA sebanyak RM3 juta. Namun, jualan syarikat tidak mampu menampung kos operasi. Tambahan pula, pelancaran produk baharu gagal mendapat sambutan, mengakibatkan kerugian RM300,000.

Najwa menghadapi tekanan kewangan yang berat — terpaksa menebalkan muka berurusan dengan pemiutang, kontraktor, bank dan keluarga, malah mengalami keretakan hubungan dengan ibunya. Nama syarikat turut disenarai hitam oleh agensi kerajaan dan bank.

Kebangkitan Melalui Pementoran Bersama RCG (RichWorks Consulting Group)

Tahun 2022 menjadi titik perubahan apabila Najwa menyertai Titanium Circle bersama RCG. Beliau menyedari bahawa ketiadaan MenThor, sistem SLT dan strategi jualan berasaskan data merupakan punca utama stagnasi syarikat. Beliau bertekad untuk belajar semula dan melabur dalam bimbingan menyeluruh.

Langkah pertama Najwa adalah membina semula pasukan. Beliau menghantar SLT mengikuti program RCG, menjelaskan misi dan hala tuju syarikat secara jelas dan sistematik agar semua selaras. Ego diketepikan, diganti dengan pembelajaran baharu dan disiplin strategik.

Lonjakan Internal Sales dan Penstrukturan Semula Operasi

Faiza Marketing yang selama ini bergantung hampir 80% kepada ejen dan pengedar luar kini mula membina internal sales team tersusun. Jualan meningkat dari RM3.6 juta kepada RM8.4 juta setahun hanya dalam tahun pertama bersama RCG.

Kesan ketara juga dilihat dari segi aliran tunai yang lebih stabil, peningkatan margin keuntungan, serta keupayaan melunaskan hutang-hutang lama secara berjadual. Nama syarikat akhirnya dikeluarkan dari senarai blacklist CCRIS oleh Bank Negara.

Perluasan Pengedaran dan Akaun Pelanggan Baharu

Hasil daripada penstrukturan semula, Faiza Marketing berjaya menambah jumlah pelanggan dari 2,000 akaun kepada 3,000 akaun aktif, sekaligus memperluas liputan edaran ke kawasan baharu. Syarikat kini beroperasi dengan sistem dan pasukan yang lebih mantap serta disokong oleh data untuk membuat keputusan lebih tepat.

Legasi Rempah, Strategi Baharu

Najwa Binti Abu Bakar telah membuktikan bahawa jatuh bukan pengakhiran, tetapi permulaan kebangkitan yang lebih strategik. Dengan kombinasi pengalaman, nilai keluarga, dan bimbingan yang tepat, beliau bukan sahaja meneruskan legasi ibunya, tetapi membina Faiza Marketing sebagai perniagaan bumiputera yang kompetitif dan mampan.

Tags :

Magazine

Share This :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JANGAN LEPASKAN PELUANG

SECARA PERCUMA SEKARANG!