Produktiviti Buruh Malaysia Q2 2025 – Apa Maksudnya Kepada Perniagaan?

Vol 26

Sepintas Lalu

  • Event: Produktiviti Buruh Malaysia Suku Kedua (Q2′ 2025)
  • Industri Berkaitan: Construction, Manufacturing, Services, and Agriculture
  • Potensi Impak:
    • Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.4% kepada RM43.20 sejam pada S2 2025.
    • Produktiviti per pekerja naik 2.8% kepada RM24,887 seorang.
    • Jumlah jam bekerja bertambah 1.0% (9.7 bilion jam) manakala guna tenaga meningkat 1.6% (16.8 juta orang).
    • Ekonomi keseluruhan kekal kukuh dengan pertumbuhan 4.4%, selari dengan S1 2025.

Rumusan

Produktiviti buruh Malaysia mencatat pertumbuhan positif sebanyak 3.4% pada Q2 2025, menandakan peningkatan kecekapan tenaga kerja meskipun kadar pekerjaan agak sederhana. Mengikut sektor, pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala perlombongan & kuari terus merekodkan penyusutan.

Perbandingan antara Q1 dan Q2 turut menunjukkan bahawa pertumbuhan produktiviti adalah lebih kukuh pada Q2, walaupun kadar pekerjaan lebih perlahan berbanding suku sebelumnya.

Bagi SME, perkembangan ini menekankan kepentingan inovasi, digitalisasi dan pembangunan kemahiran tenaga kerja sebagai asas untuk mengekalkan pertumbuhan yang mampan dalam jangka panjang.

Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.4% pada Q2’2025, mencecah RM43.20 sejam

Prestasi ekonomi Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif pada suku kedua 2025 (Q2 2025), dipacu oleh peningkatan produktiviti buruh. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.4% kepada RM43.20 sejam, manakala produktiviti per pekerja turut naik 2.8% dengan nilai tambah mencecah RM24,887 seorang.

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Chief Statistician Malaysia, menjelaskan bahawa ekonomi negara berkembang 4.4% pada suku tersebut, mengekalkan kadar pertumbuhan sama seperti Q1 2025. Jumlah jam bekerja meningkat sedikit sebanyak 1% kepada 9.7 bilion jam, disokong oleh pertambahan pekerjaan 1.6% kepada 16.8 juta orang. Peningkatan ini menunjukkan walaupun pertumbuhan pekerjaan sederhana, perniagaan berjaya meningkatkan output secara lebih efisien.

Sumber: Department of Statistics Malaysia
Sumber: Department of Statistics Malaysia

Jika dibandingkan dengan suku sebelumnya (Q4 2024), produktiviti buruh per jam pada Q1 2025 sebenarnya lebih rendah iaitu RM42.50 sejam berbanding RM43.20. Nilai tambah ekonomi juga turun kepada RM415.2 bilion daripada RM430.5 bilion.

Prestasi Mengikut Sektor: “Construction” Mendahului

Mengikut pecahan sektor, pembinaan (construction) kekal mencatat pertumbuhan tertinggi dalam produktiviti buruh per jam bekerja, meningkat 9.3% berbanding 11.3% pada Q1 2025. Ini diikuti oleh:

  • Pembuatan: 3.7% (Q1 2025: 3.8%)
  • Perkhidmatan: 3.6% (Q1 2025: 2.0%)
  • Pertanian: 3.5% (Q1 2025: 0.4%)
  • Perlombongan & kuari: –4.6% (Q1 2025: –0.9%)

Sumber: Department of Statistics Malaysia (DOSM)

Dalam sektor perkhidmatan, semua subsektor mencatat pertumbuhan kecuali utiliti. Hartanah dan perkhidmatan perniagaan mendahului dengan 9.1%, diikuti oleh pengangkutan dan storage (7.1%), perkhidmatan lain (6.7%), perdagangan borong & runcit (3.5%), maklumat & komunikasi (3.3%), makanan, minuman & penginapan (2.3%), serta kewangan & insurans (0.6%). Sektor utiliti sebaliknya merekodkan penurunan (–0.4%).

Subsektor pembuatan turut menunjukkan corak pertumbuhan yang bercampur-campur. Peningkatan ketara dicatat dalam subsektor minyak & lemak sayuran serta haiwan dan pemprosesan makanan (9.5%) serta produk elektrik, elektronik dan optik (6.1%). Pada masa yang sama, subsektor peralatan pengangkutan & pembaikan (–2.6%) dan tekstil, pakaian & produk kulit (–0.4%) mencatatkan penurunan.

Sumber: Human Resources Online – Department of Statistics Malaysia (DOSM)
Sumber: Human Resources Online – Department of Statistics Malaysia (DOSM)

Dr. Uzir berkata: “Pelaburan berterusan dalam pembangunan kemahiran termasuk transformasi digital, komunikasi dan analitik akan menjadi kunci utama dalam mengekalkan peningkatan kecekapan buruh.”

Kesimpulan

Peningkatan produktiviti buruh Malaysia pada Q2 2025 adalah petanda positif untuk ekonomi negara, walaupun cabaran global masih wujud. Bagi SME, ini adalah peluang untuk menilai semula strategi operasi — adakah perniagaan anda sudah cukup cekap, atau masih bergantung kepada cara lama?

Produktiviti bukan sekadar angka statistik — ia adalah cerminan sejauh mana perniagaan anda bersedia untuk bersaing dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.