Pelaksanaan caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, bermula Oktober 2025

Vol 22

Sepintas Lalu

  • Event: Caruman KWSP 2% untuk Pekerja Asing Wajib Bermula Oktober 2025
  • Industri Berkaitan: Pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, F&B, serta perniagaan kecil yang menggaji pekerja asing.
  • Potensi Impak: Kerajaan menetapkan caruman mandatori 2% ke KWSP oleh majikan dan pekerja asing bermula gaji Oktober 2025. Langkah ini bertujuan memperluas perlindungan sosial dan tabungan untuk pekerja asing di Malaysia. Namun, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan industri terhadap peningkatan kos buruh dan daya saing tenaga kerja.

Rumusan

Bermula Oktober 2025, kerajaan Malaysia akan mewajibkan caruman KWSP kepada pekerja asing. Langkah ini memberi implikasi besar kepada usahawan dan majikan terutamanya dalam sektor insentif buruh seperti pembinaan, pembuatan, perladangan, dan perkhidmatan. Kos tambahan ini memerlukan penyelesaian bajet gaji bersih dan semakan semula struktur tenaga kerja.

Namun begitu, ia juga membuka ruang strategik bagi SME untuk memposisikan diri sebagai majikan yang lebih bertanggungjawab – terutama dalam pasaran buruh yang semakin kompetitif.

Majikan Lebih Bertanggungjawab: Persediaan SME Hadapi Caruman KWSP Pekerja Asing

Seperti yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia pada 25 Jun 2025, kerajaan Malaysia akan secara rasmi meluaskan skop caruman KWSP bermula Oktober 2025. Majikan akan diwajibkan untuk mencarum ke dalam KWSP bagi semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia, termasuk mereka yang mempunyai pasport dan permit sah, kecuali pembantu rumah (domestic workers)

“Langkah untuk mewajibkan caruman KWSP bagi kumpulan ini merupakan satu langkah penting dalam menyokong agenda negara untuk memastikan semua pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan, mendapat akses kepada perlindungan sosial, sekali gus mempromosikan kesaksamaan dan keadilan dalam pasaran buruh,” menurut kenyataan media.

Lebih 30 sesi libat urus strategik telah dijalankan sejak pengumuman Belanjawan 2025, melibatkan Kemeterian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), NGO serta wakil majikan dan pekerja asing.

PihakKadar CarumanCatatan
Majikan2% daripada gaji bulananWajib dikreditkan ke akaun KWSP pekerja
Pekerja Asing2% daripada gaji bulananDipotong dari gaji pekerja

Bermula untuk gaji bulan Oktober 2025 ke atas, dan perlu diisytihar (declared) selewat-lewatnya pada 15 November 2025.

Semua pekerja bukan warganegara Malaysia yang mempunyai paspost sah dan permit kerja yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen, termasuk

  • Pas Lawatan (Pekerja Asing – tidak termasuk pembantu rumah (domestic helpers))
  • Pas Penggajian
  • Pas Lawatan Profesional
  • Pas Pelajar
  • Pas Residen
  • Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Pengecualian: Domestic helpers seperti “maids” dan “gardeners” dan seumpamanya tidak tertakluk kepada caruman mandatori. Walaubagaimanapun, majikan boleh memilih untuk mencarum secara sukarela.

KWSP akan mempermudahkan dan menambah baik proses pendaftaran ahli secara automatik. Majikan tidak perlu hadir ke kaunter KWSP untuk tujuan pendaftaran.

(Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP pada peringkat seterusnya)

Bagi pekerja asing, majikan perlu berhenti membuat caruman KWSP dalam tempoh dua bulan terakhir sebelum permit kerja pekerja tersebut tamat.

  • Menurut laporan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hampir 2.47 juta pekerja asing aktif bekerja di enam sektor formal dan satu sektor tidak formal di Malaysia setakat September 2024.
  • Pekerja asing berkemahiran rendah membentuk sebahagian besar tenaga kerja dalam sektor yang insentif buruh di negara.

Sumber: News The Star

(Sudut Strategik untuk SME)

  • Menawarkan perlindungan KWSP kepada pekerja asing boleh meningkatkan reputasi majikan di mata pekerja luar negara.
  • Ia menunjukkan majikan komited terhadap kebajikan pekerja dan patuh undang-undang
  • Dalam pasaran buruh yang semakin kompetitif, majikan yang menawarkan simpanan KWSP mungkin lebih mudah dapat dan kekalkan pekerja.

Ini memberi kelebihan jangka panjang dari segi kestabilan dan penjimatan kos pengambilan.

🔺 Kos Tenaga Kerja Meningkat

  • Majikan perlu menampung caruman tambahan tanpa sebarang subsidi kerajaan
  • SME yang bergantung kepada buruh asing seperti pembinaan, pembuatan, dan pertanian kemungkinan terkesan

❗ Implikasi Strategik

  • Potensi pengurangan margin keuntungan, terutama bagi projek atau kontrak jangka panjang.
  • Perlu semakan semula struktur gaji dan kos operasi

Kesimpulan

Usahawan perlu melihat pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing bukan sekadar sebagai beban kewangan baharu, tetapi sebagai peluang jangka panjang untuk membina jenama majikan yang kukuh dan diyakini. Dengan adanya simpanan KWSP, pekerja asing mendapat faedah perlindungan sosial yang lebih baik, sekali gus meningkatkan motivasi dan kesetiaan mereka terhadap majikan.

Tindakan awal seperti menyemak status dokumen pekerja, mendaftar akaun KWSP, menyesuaikan struktur kos gaji dan memberikan penerangan manfaat kepada pekerja asing adalah langkah penting yang perlu dilaksanakan segera. SME yang bersedia lebih awal bukan sahaja lebih cekap dari segi pematuhan, malah mampu menjadikan polisi ini sebagai satu kelebihan daya saing dalam jangka masa panjang.