Menjana Keuntungan Sempena Tahun Baru Cina; Trend & Permintaan Pelanggan

3

Sepintas Lalu

  • Event: Perayaan Tahun Baru Cina
  • Industri Berkaitan: Retail, Fashion, Tourism, F&B
  • Potensi Impak: Peningkatan perbelanjaan untuk pakaian, hadiah, makanan dan pelancongan; peningkatan dalam jumlah pengunjung ke kedai fizikal dan premis makanan.

Rumusan

Tahun Baru Cina merupakan perayaan penting yang membawa peluang besar kepada perniagaan dalam industri termasuk runcit, feysen, pelancongan dan F&B di Malaysia. Untuk SME, memahami trend dan tingkah laku pengguna semasa musim ini adalah kunci kepada strategi perniagaan yang berkesan.

Artikel ini akan mengupas potensi ekonomi, menganalisis data perbelanjaan terkini, dan mencadangkan strategi pemasaran untuk SME memaksimumkan keuntungan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Peluang Perniagaan & Trend Semasa

1. Peningkatan Perbelanjaan Dalam Industri Pelancongan

Industry: Tourism

Laporan menunjukkan Malaysia telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pelancongan. Data dari Tourism Malaysia menunjukkan:

Sumber: Tourism Malaysia

Industri pelancongan Malaysia mencatatkan pemulihan yang luar biasa dari Januari hingga November 2024, dengan kedatangan pelancong meningkat sebanyak 5.6%, mencapai 34 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

Daripada jumlah kedatangan pelancong tersebut, majoriti 3.4 juta adalah dari China merangkumi 140.0%.

Sumber: Tourism Malaysia

Menurut Duta Besar China ke Malaysia, untuk 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai 2024) telah meningkat kepada 1.8 juta orang. Kini, terdapat hampir 450 penerbangan setiap minggu menghubungkan Malaysia dan China.

Data Alipay+ pula menunjukkan, dalam tujuh hari pertama Tahun Baru Cina sahaja, perbelanjaan mereka di Malaysia adalah dua kali ganda berbanding Tahun Baru Cina 2019, dan lebih 10 kali ganda berbanding Tahun Baru Cina 2023

2. Permintaan Pelanggan dalam Industri Fesyen dan Runcit

Industry: Fashion & Retail

Trend pembelian menunjukkan barangan seperti cheongsam, hiasan rumah, dan hadiah ekslusif menjadi pilihan utama pelanggan. Berdasarkan statistik dari Shopee to Wisesight:

Sumber: Shopee Wisesight

Barangan seperti fesyen, hiasan Tahun Baru Cina, dan produk ekslusif adalah antara item yang paling banyak dicari di platform e-commerce seperti Shopee.

E-commerce meningkat sebanyak 7.8% dalam jualan semasa Spring Festival 2023

Pengguna cenderung membuat pembelian saat akhir, menjadikan promosi agresif dan pembungkusan menarik sebagai elemen penting

3. Permintaan Pelanggan dalam Industri Makanan dan Minuman (F&B)

Industry: Food & Beverages

Tahun Baru Cina juga menyaksikan peningkatan ketara dalam perbelanjaan F&B.

  • Terdapat peningkatan dalam tempahan makanan melalui platform digital, memanfaatkan trend penghantaran makanan dan pembelian secara online
  • Restoran dan perniagaan F&B sering menawarkan menu khas perayaan. Mereka menyediakan set makan malam keluarga bertemakan perayaan dengan diskaun menarik.

Paw menyatakan kawasan utara (Pulau Pinang dan Perak), wilayah tengah (Kuala Lumpur, Pahang, dan Melaka), wilayah selatan dan Sabah sebagai destinasi menyelam yang popular di kalangan pelancong China

Kesimpulan

Tahun Baru Cina menjadi peluang ekonomi yang besar untuk pelbagai industri, membuka ruang kepada pelan tindakan strategik untuk setiap sektor.

Dengan memahami trend perbelanjaan dan keutamaan pelanggan, SME boleh merangka strategi berkesan yang bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan, tetapi juga meningkatkan keuntungan.