RichWorks sasar RM4 bilion jualan usahawan 2026

Shah Alam : RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG) meraikan kejayaan luar biasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah bimbingannya yang berjaya menjana jumlah jualan terkumpul sebanyak RM3.3 bilion sepanjang tahun lalu. Prestasi itu menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding jumlah jualan RM2.9 bilion yang dicatatkan oleh usahawan RichWorks pada tahun sebelumnya. […]
