Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
— 14 Januari 2026 —
Melangkah masuk ke 4 Februari 2026, kita kini secara rasmi berada di dalam Tahun Kuda Api (Double Fire).
Tahun yang melambangkan satu perkara: Kepantasan yang luar biasa.
Saya nak tegaskan dengan jelas: bisnes tidak akan berkembang lebih besar daripada tahap kepimpinan tuannya.
Jika anda masih membawa rentak “siput” di tahun 2026, anda bukan sahaja akan ketinggalan, malah anda akan rentung ditelan kepantasan pesaing yang jauh lebih lincah.
Hadamkan realiti pahit daripada transformasi Malaysia Airlines Group (MAG) ini:
1. Keberanian Membuang “Sampah” (Staf Toksik)
Dato’ Kapten Izam Ismail mengambil alih MAG dengan 15,000 kakitangan yang bermasalah (toxic).
Beliau tidak “kesian” tidak bertempat. Beliau memperkenalkan semakan prestasi yang ketat. Yang tidak perform, perlu keluar.
Ramai usahawan RM30k–RM100k “stuck” sebab anda penakut nak buang staf toksik.
Selagi anda simpan “kanser” dalam syarikat atas alasan ihsan, selagi itulah syarikat anda tidak akan jadi empayar. Anda sebenarnya sedang membela kehancuran sendiri.
2. Berhenti Menipu Diri Sendiri (Diagnosis Bisnes)
RCG memperkenalkan sistem “8 Key Drivers of Company Value” yang dibawa terus dari US. Sistem ini bukan sekadar jurnal untuk anda nampak hebat depan mentor.
Jangan jawab diagnosis bisnes untuk “syok sendiri” atau sekadar tulis perkara yang “best” sahaja. Menipu dalam data adalah langkah pertama ke arah mufl is.
Jika syarikat anda tidak ada nilai ekuiti di mata pelabur, anda sebenarnya tidak ada bisnes anda cuma ada satu “pekerjaan” yang sangat meletihkan.
3. Ego: “Local Hero” vs “Self-Importance”
Lihat bagaimana MAG hanya mula buat untung (nilai RM12 bilion) di bawah pimpinan anak tempatan selepas CEO luar negara gagal.
Tetapi, Kapten Izam bersara selepas memastikan ada pengganti yang hebat.
Kebanyakan founder sangat ego. Anda rasa bangga bila staf cari anda setiap 5 minit untuk minta approval.
Hakikatnya, itu adalah tanda kegagalan kepimpinan.
Bisnes yang hebat adalah bisnes yang tetap berfungsi dengan kualiti yang sama walaupun anda “dibuang” daripada pejabat.
4. Strategi Margin: Berhenti Berperang Harga
MAG bangkit apabila mereka beralih daripada “perang harga” domestik kepada fokus pasaran premium antarabangsa dengan margin tinggi.
Jika anda masih sibuk berperang harga di fasa RM30k ini, anda sedang membunuh margin anda sendiri.
Fokus kepada nilai dan ketepatan (precision), atau anda akan ditelan oleh persaingan luar.
Soalan Untuk Anda:
● Adakah syarikat saya mempunyai pengganti yang mampu meneruskan momentum jika saya tiada?
● Adakah saya sedang membina aset, atau saya sedang menunggu krisis 2028 untuk meranapkan segalanya?
● Berapa ramai staf toksik yang saya simpan minggu ini yang menghalang pertumbuhan syarikat?
Refleksi Mingguan:
● Sistem: Adakah saya sudah melengkapkan diagnosis bisnes dengan jujur, atau saya masih menutup lubang bocor dengan angan-angan?
● Strategi: Adakah saya pemimpin yang memberi inspirasi melalui tindakan, atau sekadar “bos” yang hanya pandai memberi arahan?
● Kepimpinan: Adakah rentak kerja saya sekarang selari dengan kepantasan Tahun Kuda Api?
“Perniagaan tidak akan berkembang lebih besar daripada tahap kepimpinan tuannya.”
Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini
Jika anda berada di fasa RM30k–100k sebulan dan sedang bersedia melangkah ke bisnes berskala jutaan setahun, inilah masa untuk menilai kejelasan kepimpinan dan struktur bisnes anda.
Saya dan team RCG telah bantu lebih 100,000 usahawan dari pelbagai industri capai pertumbuhan luar biasa dari RM0 ke RM10 juta hingga RM500 juta setahun.
Ini bukan sesi motivasi. Ini proses untuk menilai sama ada struktur, kepimpinan dan keyakinan anda benar-benar selari dengan sasaran bisnes anda.
Mulakan dengan Potensi Bisnes 2026:
Saya tidak melahirkan founder biasa.
Saya membina pemimpin.
Saya melatih CEO yang berani membuat keputusan besar dan bertanggungjawab atas hala tuju bisnes mereka.
Impian takkan jadi realiti tanpa keputusan. You must decide.
