Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
– 21 Januari 2026 –
Baru-baru ini, saya terbang 32 jam ke Tromso, Norway dengan satu misi: Memburu Aurora.
Dalam suhu negatif 20 darjah Celsius, saya belajar satu kebenaran penting yang sangat relate dengan bisnes anda sekarang.
Ramai orang sangka melihat Aurora itu soal nasib. Tetapi realitinya, ia adalah soal Ketepatan (Precision). Anda perlukan data, ilmu, dan paling penting seorang pemandu (guide) yang tahu di mana zon yang betul.
Tanpa ketepatan, anda hanya akan membeku dalam kegelapan tanpa hasil.
Begitu juga dalam bisnes. Ada satu tahap di mana anda rasa sudah “sampai” kerana jualan sudah ada, pasukan kecil sudah mula dibina. Tetapi kenapa anda masih menjadi individu paling penat?
Sebabnya: Anda bukan membina empayar, anda sedang membina sangkar emas.
Anda terperangkap sebagai operator, pengurus, dan “firefi ghter” serentak kerana Fear of the Unknown. Anda mahu delegasi, tetapi anda sendiri yang menjadi bottleneck syarikat.
Rahsia Di Sebalik “Precision” & Ancaman Involution
Di tahap ini, kemenangan bukan lagi soal kerja keras 24 jam. Ia soal ketepatan dalam produk, platform, dan strategi. Mengapa ketepatan ini kritikal sekarang?
Kerana saat ini, pasaran kita sedang berdepan gelombang “Involution” dari China. Mereka mempunyai ekosistem pengilangan yang sangat tepat setiap bandar ada pengkhususan produk tersendiri.
Mereka bukan lagi sekadar menjual barang murah, mereka kini menguasai branding dan platform digital untuk menyerang pasaran tempatan pada harga yang tidak masuk akal.
Jika anda tidak memiliki ketepatan strategi, anda akan ditelan oleh persaingan yang menghapuskan margin keuntungan ini. Usahawan yang bakal mendominasi 2026 adalah mereka yang membina struktur Ready to be Sold.
Mereka fokus membina Brand Trust dan komuniti yang setia satu-satunya aset yang tidak boleh “diimport” atau dikopi dengan mudah oleh gergasi luar.
Realiti Pahit: Anda Bukan Semakin Muda Masa tidak menunggu sesiapa, dan krisis global yang saya ramalkan pada 2028 semakin hampir. Anda hanya ada sekitar 23 bulan untuk bersedia. Anda perlu jelas dengan hala tuju:
● Adakah anda mahu sekadar bertahan (Sustain) sehingga jatuh sakit?
● Atau membina sistem yang begitu kemas sehingga pelabur sanggup membayar harga mahal untuk memilikinya?
Kematangan seorang CEO bermula apabila dia melepaskan identiti “tukang buat” dan mula membina nilai melalui sistem yang mampu berjalan tanpa kehadirannya.
Soalan Untuk Hala Tuju Anda:
● Adakah syarikat ini cukup berharga untuk dibeli orang lain jika anda tiada hari ini?
● Adakah saya membina aset melalui komuniti, atau sekadar mengejar jualan harian yang mudah dipintas pesaing luar?
● Adakah saya sudah mempunyai ketepatan strategi untuk menghadapi ancaman ekonomi 23 bulan akan datang?
Refleksi Mingguan:
● Sistem: Berapa banyak tugasan harian yang saya berjaya dokumenkan (SOP) supaya pasukan boleh gerak sendiri?
● Strategi: Adakah keputusan saya minggu ini berasaskan data dan ketepatan, atau sekadar “rasa-rasa”?
● Kepimpinan: Siapakah guide yang saya gunakan untuk membawa saya keluar dari kegelapan fasa ini?
“Bisnes yang hebat tetap berfungsi dengan kualiti yang sama walaupun tuannya tiada di pejabat.”
Jangan biarkan fasa ini berlalu dengan anda masih memegang kerja operasi. Nilai tahap “Ready to Scale” bisnes anda melalui Business Diagnosis Report secara percuma.
Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini
Jika anda berada di fasa RM30k–100k sebulan dan sedang bersedia melangkah ke bisnes berskala jutaan setahun, inilah masa untuk menilai kejelasan kepimpinan dan struktur bisnes anda.
Saya dan team RCG telah bantu lebih 100,000 usahawan dari pelbagai industri capai pertumbuhan luar biasa dari RM0 ke RM10 juta hingga RM500 juta setahun.
Ini bukan sesi motivasi. Ini proses untuk menilai sama ada struktur, kepimpinan dan keyakinan anda benar-benar selari dengan sasaran bisnes anda.
Mulakan dengan Potensi Bisnes 2026:
Saya tidak melahirkan founder biasa. Saya membina pemimpin. Saya melatih CEO yang berani membuat keputusan besar dan bertanggungjawab atas hala tuju bisnes mereka.
Impian takkan jadi realiti tanpa keputusan. You must decide.
