Oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
Pernah tak anda rasa begini…
Susah nak buat sales sekarang.
Pelanggan makin susah nak cari.
Pesaing makin ramai, semua jual benda sama.
Iklan dah cuba macam-macam, tapi hasil tetap sama.
Team pula tak perform, akhirnya anda sorang yang fikir siang malam.
Kalau anda pernah lalui semua ini, anda tidak keseorangan. Ramai usahawan yang saya jumpa stuck dalam situasi sama. Mereka penat, stress, tapi sales masih tidak naik.
Sebenarnya masalah anda bukan market kecil. Market di Malaysia ini besar, lebih RM600 bilion consumer spending setahun. Masalah sebenar ialah cara fikir dan strategi bisnes yang masih kekal sama macam dulu.
Baru-baru ini saya bimbing salah seorang usahawan Titan saya. Beberapa bulan lepas, sales mereka hanya sekitar RM1 juta sebulan. Dalam masa 4 bulan, mereka berjaya capai RM3.5 juta sebulan.
Kalau hanya buat RM1 juta sebulan, setahun baru RM12 juta. Tapi bila mereka mampu capai RM3.5 juta sebulan, jualan setahun Insha Allah boleh mencecah lebih RM35 juta hingga RM45 juta. Barulah puas hati berniaga, kan?
Masalahnya, ramai usahawan masih stuck dekat jualan RM1 juta setahun atau lebih rendah. Nak macam ini sampai bila? Sedangkan sebenarnya anda boleh dibantu untuk naik lebih tinggi lagi.
Tip Penting:Fahami Potensi Market Anda
Ramai usahawan gagal bukan sebab produk tak bagus, tetapi sebab mereka tidak faham betapa besarnya market potential (TAM – Total Addressable Market) produk mereka.
Contohnya, katakan anda jual produk kecantikan untuk masalah jerawat.
Berapa ramai orang Malaysia yang ada masalah jerawat setiap tahun?
Kalau ada ratusan ribu atau jutaan orang, itu bermakna market anda sangat luas.
Tapi ramai usahawan hanya fikir kecil: cukup kalau dapat 100 orang beli. Mereka tidak sedar kalau strategi betul, 10,000 hingga 100,000 orang boleh jadi pelanggan. Di sinilah letaknya perbezaan cara fikir usahawan yang capai RM1 juta setahun dengan usahawan yang mampu capai puluhan juta setahun.
Ramai usahawan stuck sebab mereka cepat puas hati. Baru sentuh 1 atau 2 peratus market sudah rasa cukup. Sedangkan bila mereka berani gandakan channel, gandakan team, dan gandakan sistem growth, potensi itu boleh cecah puluhan malah ratusan juta.
Sekarang, tanya diri anda sendiri.
Adakah anda masih bermain kecil dalam market yang besar?
Adakah anda sudah puas hanya dengan 2 peratus sedangkan 98 peratus lagi belum disentuh?
Berapa lama lagi anda mahu biarkan pesaing anda sapu market anda?
Ingat, bisnes anda hanya akan tumbuh setinggi mana cara fikir anda berkembang.
Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini
Saya dan team RCG dah bantu lebih 100,000 usahawan dari RM0 ke RM10 juta… hingga ke RM500 juta setahun.
Nak RCG beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih. Atau daftar terus di sini:
Saya percaya, bila founder ubah cara fikir dan mula bertindak dengan bimbingan yang betul — result pasti berubah. Tapi ia bermula dengan keputusan anda sendiri. Nak tunggu atau nak maju? Pilih hari ini.
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
