Oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
Ramai founder berniaga tapi tak ada halatuju jelas. Target set suka hati, ikut perasaan. Kadang-kadang nak RM10 juta tapi tak tahu pun bulan lepas buat berapa. Bila tak capai, mula salahkan team, salahkan ekonomi, salahkan nasib. Tapi sebenarnya, salah siapa?
“Bisnes yang tak ada tracking, tak ada planning, itu bukan bisnes, itu berangan.”
-
- Fikiran Jangka Pendek, Impian Jangka Panjang Takkan Bertemu
Ramai nak RM10 juta setahun, tapi bila ditanya Q1, Q2, Q3, Q4, senyap. Bila ditanya, “Apa sales quarter lepas?” terus blur. Dalam satu sesi coaching saya, saya ingat lagi. Saya set RM10 juta untuk tahun 2009, tapi coach saya tanya, “Quarter lepas berapa you buat?” Saya tak tahu. Dia terus kata, “Saya tak boleh coach orang yang tak tahu di mana mereka bermula.” - Set Target Ikut Perasaan, Bukan Berdasarkan Realiti
Ramai founder set target ikut sedap hati. Baru buat RM1 juta, terus nak naik ke RM2.5 juta next quarter tanpa kira berapa kapasiti, team, marketing spend, atau conversion rate. Contohnya, saya kena balik kira semula sales saya untuk Q4 sebelum set target Q1. Bila saya tahu saya buat RM1.2 juta, saya plan untuk naik 20% ke RM1.5 juta. Itu baru realistik. - Mindset Perfection Akan Membunuh, Mindset Improvement Akan Menyelamatkan
Kalau tak capai target, ramai akan give up, rasa down, demotivated. Tapi dalam bisnes, bukan semua capai terus. Kena ada incremental mindset. Contohnya, kalau dari RM1.2 juta saya naik ke RM1.5 juta, itu progress. Kalau tiap bulan naik 10%, setahun boleh jadi 120%. Lebih power dari ASB. Ini improvement, bukan angan-angan kosong. - Reward & Consequence: Kena Ada Harga Untuk Setiap Keputusan
Kalau capai target, reward diri. Kalau tak capai, ada consequence. Dulu saya set reward, kalau capai target saya akan pergi travel ke Cape Town. Tapi kalau tak capai, saya kena korbankan benda yang saya suka. Benda ni penting supaya kita serius dengan apa yang kita nak. - Tiada Tracking = Meniaga Dalam Gelap
Tak tahu sales semalam, tak tahu conversion rate minggu ni, tak tahu leads bulan ni, macam mana nak grow? Seorang Titan share dia mula tracking sales setiap hari sebelum tidur. Tapi saya kata, ubah. Track sebelum Maghrib supaya malam boleh jadi manusia biasa. Bila tracking jadi rutin, baru kita nampak apa yang betul dan apa nak ubah. - Faham Apa Itu Marketing, Jangan Confuse Sales dengan Ads
Ramai kata “saya tengah buat marketing” padahal yang dia buat hanya posting IG atau bagi tester. Berdasarkan analogi karipap viral, marketing sebenar ialah gabungan advertising (papan tanda karipap panas), promotion (bagi tester), publicity (kawan post story), PR (layan feedback pelanggan), dan sales (bila semua usaha tu jadi closing). Jadi bila you plan next quarter, jangan cuma plan jualan tapi plan marketing ecosystem you sekali.
- Fikiran Jangka Pendek, Impian Jangka Panjang Takkan Bertemu
Tanya Diri Anda Sekarang:
- Apa target Q4 anda yang betul-betul realistik dan berdasarkan data?
- Apa yang anda buat quarter lepas yang anda patut ulang, improve, atau buang?
- Adakah anda reward diri anda bila capai? Atau terus kejar tanpa henti?
- Adakah anda jelas beza antara ads, promosi dan marketing sebenar?
Kalau anda tak boleh jawab dengan yakin…
Itu tanda anda perlu reset dengan bimbingan yang betul.
Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini
Saya dan team RCG dah bantu lebih 100,000 usahawan dari RM0 ke RM10 juta… hingga ke RM500 juta setahun.
Nak RCG beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih. Atau daftar terus di sini:
Saya percaya anda semua boleh grow, tapi bukan dengan berangan. Dengan tracking, dengan planning, dengan mindset improvement, bukan perfection.
Impian takkan jadi realiti tanpa keputusan. You must decide.
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group