5 Kegagalan Utama Dalam Sales & Leadership

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group

21 Disember 2025 

Ramai founder SME rasa bisnes mereka “okay”.
Ada pelanggan. Ada jualan. Ada team.

Tapi bila masuk tahap RM10 juta dan ke atas, bisnes mula perlahan, tersekat, dan penatkan founder.

Bukan sebab market mati.
Bukan sebab produk tak bagus.

Masalah sebenar ialah cara bisnes itu dibina sejak awal terutama dalam sales, marketing dan peranan founder sendiri.

Tanpa sedar, bisnes mereka jatuh ke dalam 5 kegagalan utama ini.

Kalau 2 atau 3 daripadanya wujud dalam bisnes anda hari ini, growth anda memang akan terhenti walaupun anda kerja siang malam.

5 Kegagalan Utama SME Yang Menghalang Growth Sebenar

1. Tiada “Money Machine” Yang Jelas

Bisnes berjalan, tapi wang masuk secara rawak.

Post ikut rasa.
Iklan cuba-cuba.
Founder masih jadi closing jualan utama.

Semua berharap pada:

  • “Harap konten meletup”
  • “Harap agent rajin”
  • “Harap bulan ni jadi”

Ini bukan sistem. Ini nasib.

Bisnes yang serius mesti boleh jawab satu soalan mudah:

“Macam mana duit masuk ke bisnes ini setiap hari, setiap minggu, setiap bulan?”

Kalau anda tak boleh gambarkan dalam satu rangka ringkas yang tunjuk:

  • Dari mana traffic datang
  • Macam mana prospek convert
  • Siapa follow-up
  • Siapa closing

Anda belum bina bisnes.
Anda cuma bina hustle yang bergantung pada tenaga sendiri.

2. Marketing Tanpa Positioning

Bila semua bunyi sama, tiada siapa ingat siapa.

“Produk berkualiti.”
“Harga berpatutan.”
“Servis terbaik.”

Itu bukan marketing.
Itu bunyi bising.

Marketing yang lemah mudah diciplak.
Kalau pesaing boleh tiru mesej anda dalam 5 minit, positioning anda gagal.

Bisnes yang grow menguasai masalah pelanggan, bukan bercakap tentang ciri produk.

Soalan yang wajib dijawab dengan tegas:

  • Siapa pelanggan sebenar kita? (bukan “semua orang”)
  • Masalah apa yang paling menyakitkan mereka sekarang?
  • Kenapa mereka perlu pilih kita sekarang, bukan nanti?

Tanpa jawapan ini, marketing anda hanya cantik tapi tak menjual.

3. Founder Menjadi Bottleneck Tanpa Sedar

Ini pembunuh senyap paling berbahaya.

Founder:

  • Lulus semua benda
  • Tutup semua jualan besar
  • Jadi rujukan setiap keputusan

Bila founder penat, sales mati.

Hakikat pahit yang ramai tak mahu terima:

Kalau jualan berhenti bila anda berhenti, anda bukan CEO.
Anda cuma salesman terbaik dalam syarikat sendiri.

Untuk bisnes grow, peranan founder mesti naik level:

  • Bina seni bina sales
  • Bentuk naratif & mesej
  • Bangunkan bakat dan kepimpinan

Team sepatutnya menjalankan jualan harian bukan menunggu founder “turun padang”.

4. Tiada Disiplin Sales Harian

Banyak SME buat keputusan berdasarkan perasaan, bukan data.

“Rasa macam slow bulan ni.”
“Rasa iklan ni tak jalan.”
“Rasa team tak perform.”

Masalahnya:
Mereka tak track benda asas seperti:

  • Lead masuk hari ini
  • Follow-up dibuat
  • Conversion
  • Sales ditutup
  • Revenue harian

Apa yang tak diukur tak boleh diperbaiki.
Apa yang tak dipantau tak boleh diskalakan.

Bisnes RM10–50 juta perlukan disiplin harian, bukan harapan.

5. Takut Nampak & Takut Menjual

Ini kebocoran mindset yang mahal.

Ramai founder:

  • Malu buat video
  • Tak konsisten muncul
  • Tak selesa “menjual”
  • Tak bina autoriti peribadi

Tapi realiti hari ini jelas:

Attention = Currency

Tiada visibility → tiada trust
Tiada trust → tiada sales
Tiada sales → tiada growth

Anda ada dua pilihan sahaja:

  • Kekal selesa dan kekal di tahap sama
  • Atau bina visibility dan cipta keputusan sebenar
Refleksi Mingguan
  • Adakah aku bottleneck terbesar dalam syarikat sendiri?
  • Apa metrik sales harian yang aku pantau dengan disiplin?
  • Adakah aku mengelak visibility kerana ego atau takut dinilai?

Tanya Diri Anda Sekarang:
  • Apa target Q4 anda yang betul-betul realistik dan berdasarkan data?
  • Apa yang anda buat quarter lepas yang anda patut ulang, improve, atau buang?
  • Adakah anda reward diri anda bila capai? Atau terus kejar tanpa henti?
  • Adakah anda jelas beza antara ads, promosi dan marketing sebenar?

Kalau anda tak boleh jawab dengan yakin…
Itu tanda anda perlu reset dengan bimbingan yang betul.

Audit Potensi Bisnes Anda Hari Ini

Saya dan team RCG dah bantu lebih 100,000 usahawan dari RM0 ke RM10 juta… hingga ke RM500 juta setahun.

Nak RCG beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih. Atau daftar terus di sini:

Saya tak lahirkan founder biasa. Saya bina pemimpin. Saya latih CEO yang fikir jauh, bertindak cepat, dan berani buat keputusan besar.

Impian takkan jadi realiti tanpa keputusan. You must decide.

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group