RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG) berjaya membuktikan kejayaan luar biasa apabila kumpulan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah bimbingannya berjaya menjana jualan terkumpul sebanyak RM3.3 bilion sepanjang tahun 2025.
Pencapaian memberangsangkan itu menyaksikan pertumbuhan sebanyak 14 peratus berbanding RM2.9 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Kejayaan tersebut melibatkan ahli pementoran eksklusif daripada kumpulan The Titan dan Titan Circle Plus++ (TCP++) yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
“Di belakang pertumbuhan yang konsisten, terdapat pasukan yang memainkan peranan penting dalam memastikan visi perniagaan tercapai. Kejayaan ini bukan milik pemilik perniagaan sahaja, tetapi juga tulang belakang organisasi mereka.
“Lonjakan angka jualan itu adalah hasil persediaan awal yang lebih sistematik serta penggunaan strategi perniagaan yang jelas mengikut dinamik pasaran semasa,” katanya.
Sejak penubuhannya pada 2008, RichWorks telah melatih lebih dua juta peserta, sekali gus memperkukuh aspirasi nasional untuk melahirkan ekosistem PMKS yang inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Usahawan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bimbingan perniagaan boleh melayari laman web potensibisnes.rcg.my atau menghubungi talian 016-2956450.
Sumber Artikel : (UtusanTV)
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut : Di Sini
