Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
— 14 Januari 2026 —
Melangkah masuk ke tahun 2026,
nota strategi yang tebal di atas meja anda tidak akan bermakna tanpa satu perkara.
Dalam sesi Weekly Focal Zoom pertama bagi suku tahun ini, saya tegaskan dengan jelas:
bisnes yang berjaya melompat dari RM10 juta ke RM100 juta setahun
bukan bermula dengan strategi pemasaran yang lebih gempak.
Ia bermula lebih awal.
Ketika pemilik bisnes masih berada di fasa RM30k hingga RM100k sebulan,
dan perlu membuat keputusan yang terasa besar walaupun angka belum besar.
Di sinilah ramai tersangkut.
Kemenangan sebenar berakar tunjang daripada Keyakinan yang tidak berbelah bahagi satu evolusi daripada Ilmu Yakin kepada Hakul Yakin.
Tanpa kekuatan dalaman ini,
seseorang usahawan hanya akan berada dalam fasa mencuba-cuba.
Di tahap Titan, kita sudah tamat fasa mencuba.
Kita di sini untuk memimpin dengan yakin dan bergerak ke hadapan dengan jelas.
Kesilapan Besar Usahawan di Suku Pertama (Q1)
Ramai yang masih terbawa-bawa rentak perlahan tahun lepas.
Bukan kerana mereka malas, tetapi kerana mereka terlalu berhati-hati pada saat yang sepatutnya tegas.
Di peringkat ini, ramai yang:
● Masih menunggu keadaan ekonomi “lebih stabil” sebelum agresif
● Takut membuat pelaburan yang terasa besar pada sistem dan bakat
● Memisahkan pertimbangan spiritual daripada keputusan perniagaan
Masalahnya, 2026 tidak menunggu sesiapa.
Jika anda tidak menetapkan rentak sekarang,
anda akan mula ketinggalan sebelum Februari bermula.
Peralihan Kritikal: Dari Strategi ke Keberkatan (The Spiritual Marketing)
Apa yang membezakan Gladiator Titans yang mencatat pertumbuhan luar biasa bukan kerana mereka bermula besar.
Mereka bermula dengan prinsip yang betul sejak fasa awal.
Contohnya:
● Inai Republic yang mencatat pertumbuhan luar biasa sebanyak 313.6%
● Titan Circle Plus yang kini mencecah RM186 juta
Kesemua mereka menggabungkan teknikal dan spiritual, bukan memilih salah satu.
Teknikal (The Execution)
● Kekuatan Testimoni
Seperti Tuan Ahmad (Maskal), mengumpul 400+ video testimoni bukan kerja
sampingan.
Ia dibina konsisten sejak bisnes masih kecil sebagai aset kepercayaan.
● Fokus Premium
Seperti Puan Emma Zuraida, berani menolak projek yang tidak sehaluan demi menjaga
integriti jenama, walaupun ketika bisnes masih boleh “ambil saja”.
● Struktur Pasukan
Berhenti membina pasukan jualan yang hanya mengejar komisen.
Mula membina pasukan yang menjaga amanah klien dan pengalaman pelanggan.
Spiritual (The Ultimate Leverage)
Satu realiti yang dikongsi oleh Dr. Ahmad Samhan,
bila bisnes tersekat, jawapannya mungkin bukan pada Facebook Ads, tetapi pada Sedekah dan Selawat.
Ini bukan formula segera.
Ia adalah prinsip kepercayaan yang membentuk cara seorang pemimpin membuat keputusan ketika tertekan.
Pengorbanan enam angka bukan tentang jumlah, tetapi tentang keberanian meletakkan kepercayaan mendahului ketakutan, terutamanya ketika cashflow terasa sempit.
Tanda Anda Sedang Bergerak ke Arah Dominasi
Dominasi bukan bermula apabila bisnes sudah besar.
Ia bermula apabila seorang founder berani memimpin dengan yakin walaupun masih dalam
fasa membina.
Cuba lihat pencapaian rakan-rakan Titan minggu ini:
● Andalusia memacak bendera di Jeddah, Arab Saudi
● Zai Sri Gemilang & Puan Nur Laila mendapat kepercayaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza
● Tuan Reza Razak menghargai pasukan dengan ganjaran luar biasa di TRX
Semua ini tidak berlaku secara tiba-tiba.
Ia lahir daripada keputusan-keputusan kecil yang dibuat dengan yakin sejak fasa RM30k–100k sebulan.
Jika anda belum ada Good News & Wins minggu ini,
tanya diri sendiri dengan jujur:
Adakah saya benar-benar memimpin, atau sekadar mengikut arus?
Realiti Pahit: Usaha Sahaja Tidak Cukup
Bisnes berskala jutaan gagal bukan kerana kurang kerja kuat.
Ia gagal kerana:
1. Tiada Ekosistem
Anda cuba buat semua sendiri tanpa vendor atau rakan strategik yang dipercayai.
2. Putus Hubungan dengan Guru
Anda merasakan anda sudah cukup tahu sehingga berhenti mendengar nasihat yang menguji ego.
3. Ego dalam Pemasaran
Malu buat video. Malu minta testimoni.
Malu untuk kelihatan agresif walaupun pasaran menuntutnya.
Soalan Yang Ramai Takut Nak Tanya Diri Sendiri
Jawab dengan jujur dalam refleksi pagi anda:
● Adakah saya membina perniagaan yang diredhai, atau sekadar mengejar angka tanpa
barakah?
● Siapa pakar, doktor atau pempengaruh yang saya hubungi minggu ini untuk validasi?
● Berapa banyak “pelaburan akhirat” yang saya lakukan untuk melancarkan urusan
dunia?
Bezanya Titan yang Stuck & Gladiator yang Scale
Titan yang Stuck:
● Menunggu influencer mahal untuk menaikkan jualan
● Takut melepaskan simpanan untuk sistem atau sedekah
● Mengeluh apabila diuji
Gladiator yang Scale:
● Membina ratusan testimoni organik sejak awal
● Percaya janji Allah melebihi logik akaun bank
● Melihat ujian sebagai pembersihan niat dan tanggungjawab
Refleksi Mingguan
● Berapa banyak testimoni organik yang saya kumpul minggu ini?
● Adakah saya cukup tegas menolak bad deals yang hanya memenatkan organisasi?
● Siapa key leader yang saya sedang gilap supaya saya tidak menjadi bottleneck?
Jika anda berada di fasa RM30k–100k sebulan
dan sedang bersedia melangkah ke bisnes berskala jutaan setahun,
inilah masa untuk menilai kejelasan kepimpinan dan struktur bisnes anda.
Saya dan team RCG telah bantu lebih 100,000 usahawan dari pelbagai industri
capai pertumbuhan luar biasa dari RM0 ke RM10 juta hingga RM500 juta setahun.
Ini bukan sesi motivasi.
Ini proses untuk menilai sama ada struktur, kepimpinan dan keyakinan anda
benar-benar selari dengan sasaran bisnes anda.
Mulakan dengan Business Diagnosis Report secara percuma:
Saya tidak melahirkan founder biasa. Saya membina pemimpin. Saya melatih CEO yang berani membuat keputusan besar
dan bertanggungjawab atas hala tuju bisnes mereka.
Impian takkan jadi realiti tanpa keputusan. You must decide.
