Sepintas Lalu
- Event: Black Friday
- Industri Berkaitan: E-Commerce, Retail, Logistics & Fulfillment
- Potensi Impak:
- Pertumbuhan trafik e-commerce
- Persaingan harga dan kepercayaan pelanggan
- Keperluan polisi penghantaran / pemulangan yang lebih kompetitif
- Peningkatan jualan semasa Black Friday
Objektif
- Menjelaskan bagaimana pembeli berbelanja semasa Black Friday berdasarkan laporan DHL 2025
- Mengenal pasti motivasi pembeli seperti diskaun, tawaran masa terhad dan kepercayaan terhadap harga
- Menilai kategori produk paling laris dan demografi pembeli paling aktif
- Memberi insight untuk SME merancang promosi Black Friday yang lebih efektif
Rumusan
Black Friday kekal sebagai musim jualan paling aktif secara global, dipacu oleh diskaun, tawaran terhad masa dan pengaruh sosial. Generasi muda merupakan pembeli paling agresif, manakala kategori elektronik terus mendominasi permintaan. Walaupun tahap kepercayaan terhadap promosi berbeza mengikut negara, pembeli tetap berbelanja — malah sanggup membeli dari luar negara jika tawarannya lebih baik. Bagi SME, memahami motivasi pembeli, menawarkan polisi penghantaran yang kompetitif dan mencipta sense of urgency adalah kunci untuk memaksimakan peluang Black Friday.
Black Friday: Data & Statistik Utama Pembelian
75% pembeli global membuat pembelian semasa Black Friday dan Cyber Monday — tetapi 16% masih ragu-ragu dengan “hype” promosi ini.
Black Friday and Cyber Monday menjadi antara jualan yang penting untuk pemain e-commerce di seluruh dunia. Pembeli sebenarnya bersedia untuk berbelanja, namun untuk memastikan mereka menyelesaikan pembelian sehingga pembayaran (checkout), peniaga perlu memahami apa yang mendorong mereka membeli, kategori produk pilihan, dan tahap kepercayaan terhadap tawaran serta harga yang dipromosikan.
Walau bagaimanapun, penyertaan pengguna tidak sama di setiap negara. Sesetengah kumpulan pembeli amat aktif semasa musim jualan ini, manakala sebahagian lain tidak terpengaruh atau kurang percaya pada promosi Black Friday dan Cyber Monday.

Data Pembelian Utama Black Friday 2025
71%
Dipengaruhi oleh diskaun dan penjimatan — faktor utama yang mendorong mereka berbelanja.
50%
Percaya sepenuhnya atau sebahagian besar terhadap tawaran dan harga yang diberikan oleh peniaga.
34%
Percaya pada tahap sederhana terhadap tawaran Black Friday.
16%
Jarang atau langsung tidak percaya pada tawaran dan harga promosi.
Kategori & Demografi Pembeli
Elektronik
Menjadi kategori paling laris — 37% pembeli global membeli barangan elektronik semasa Black Friday.
Gen Z & Millennials
Kumpulan paling aktif — hanya 9% yang tidak membeli langsung sepanjang tempoh jualan ini.
Baby Boomers
Kumpulan paling kurang aktif — 27% tidak membuat sebarang pembelian.
Trend Mengikut Wilayah
21% Rakyat Malaysia
Membeli lebih banyak semasa jualan Black Friday berbanding tempoh biasa.
Berapa Banyak Pembeli Berbelanja Semasa Black Friday?
Di seluruh dunia, pengguna terutamanya generasi muda merupakan pembeli aktif semasa Black Friday dan Cyber Monday. Permintaan yang tinggi dalam tempoh jualan bermusim ini membuka peluang besar untuk peniaga meningkatkan jualan, menarik pelanggan baharu, dan memaksimumkan trafik e-commerce.

| More | The same amount | Less | Not at all | |
|---|---|---|---|---|
| Australia | 39% | 34% | 6% | 21% |
| China | 22% | 58% | 9% | 11% |
| India | 35% | 34% | 17% | 13% |
| Malaysia | 21% | 34% | 14% | 32% |
| Thailand | 29% | 49% | 9% | 13% |
| The UK | 36% | 38% | 9% | 17% |
| Global | 36% | 39% | 10% | 15% |
| Europe | 33% | 41% | 10% | 16% |
| Gen Z | 45% | 34% | 13% | 9% |
| Millennials | 42% | 39% | 10% | 9% |
| Gen X | 32% | 42% | 9% | 17% |
| Baby Boomers | 23% | 41% | 9% | 27% |
Apa yang Mendorong Pembeli Berbelanja?
Faktor utama yang menarik pembeli semasa Black Friday ialah diskaun. Baby Boomers dan Gen X khususnya sangat didorong oleh peluang penjimatan wang. Selain itu, tawaran terhad masa yang hanya muncul sepanjang musim Black Friday turut mendorong ramai pembeli untuk menekan butang “buy now”.
Memahami ini membantu peniaga merangka strategi Black Friday yang lebih baik, memastikan promosi yang ditawarkan benar-benar relevan dan mampu menarik minat pelanggan sasaran.
| Discounts and savings | Exclusive deals | Limited-time offers | Early access to seasonal deals | |
|---|---|---|---|---|
| Global shoppers | 71% | 49% | 44% | 28% |
| Gen Z | 67% | 50% | 48% | 29% |
| Millennials | 69% | 50% | 46% | 30% |
| Gen X | 74% | 48% | 41% | 27% |
| Baby Boomers | 76% | 47% | 38% | 24% |
Apa yang Dibeli oleh Pembeli?
Daripada elektronik hinggalah pakaian dan kasut, pengguna mengisi cart mereka dengan pelbagai jenis produk sepanjang jualan Black Friday. Mengetahui kategori yang paling mendapat permintaan membolehkan peniaga memfokuskan promosi, mengurus stok dengan lebih cepat, dan meningkatkan sales.
Untuk gambaran lebih terperinci mengenai kategori pilihan mengikut jenis pembeli, rujuk artikel Trend E-Commerce 2025.
| Electronics | Clothing | Footwear | Home furnishings | Sport, leisure & hobby items | Cosmetics & beauty products | Toys or games |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 37% | 32% | 26% | 23% | 22% | 22% | 22% |
Adakah Pembeli Benar-Benar Percaya Tawaran & Harga Semasa Black Friday?
Dengan begitu banyak promosi yang bersaing untuk menarik perhatian, kepercayaan memainkan peranan besar dalam keputusan sama ada pembeli menekan “buy now” atau meninggalkan cart. Tahap keyakinan pelanggan terhadap harga dan tawaran yang dipaparkan boleh menentukan kejayaan atau kegagalan jualan Black Friday anda.
Generasi muda merupakan kumpulan yang paling aktif dan paling percaya kepada tawaran Black Friday. 56% Gen Z percaya harga peniaga, berbanding 38% Baby Boomers. Kumpulan seperti social shoppers dan subscription shoppers turut terpengaruh dengan tawaran terhad masa (limited-time deals), menjadikan strategy urgency dan limited-time deal sangat berkesan untuk mereka.
Di Eropah, pengguna di Poland, Itali, dan Czech Republic tergolong dalam kumpulan yang paling tinggi tahap kepercayaan terhadap harga dan tawaran Black Friday.
Menariknya, walaupun hanya 54% pembeli cross-border dan pembeli refurbished items mengatakan mereka percaya tawaran Black Friday, kedua-duanya masih antara kumpulan yang paling aktif dengan 42% menyatakan mereka membeli lebih banyak semasa musim jualan ini.
Trend yang sama juga dilihat di Asia dan Eropah:
- Thailand: 86% membuat pembelian semasa Black Friday walaupun hanya 30% percaya kepada harga promosi.
- Austria: Hanya 34% percaya kepada tawaran, namun 35% membeli lebih banyak dan 40% membeli pada kadar yang sama seperti biasa.
Inilah peratusan pembeli di setiap negara yang mengatakan mereka sepenuhnya atau sebahagian besarnya mempercayai tawaran dan harga Black Friday:
| Country | Completely or mostly trust retailers’ offers |
|---|---|
| Argentina | 41% |
| Australia | 55% |
| Austria | 34% |
| Brazil | 38% |
| Canada | 48% |
| The Czech Republic | 70% |
| France | 29% |
| Germany | 44% |
| India | 41% |
| Italy | 73% |
| Malaysia | 38% |
| Morocco | 66% |
| The Netherlands | 52% |
| Nigeria | 35% |
| Poland | 74% |
| South Africa | 34% |
| Spain | 53% |
| Sweden | 47% |
| Thailand | 30% |
| Turkey | 65% |
| The UAE | 53% |
| The UK | 63% |
| The USA | 49% |
| Global | 50% |
| Europe | 39% |
| Gen Z | 56% |
| Millennial | 54% |
| Gen X | 46% |
| Baby Boomers | 38% |
| Social shoppers | 56% |
| Sustainable shoppers | 55% |
| Cross-border shoppers | 54% |
| Refurbished shoppers | 54% |
| Subscription shoppers | 65% |
Untuk menarik perhatian pembeli Black Friday, peniaga perlu memahami di mana mereka membeli, bagaimana mereka membuat keputusan, dan faktor yang benar-benar menentukan sama ada mereka teruskan pembelian atau tidak.
Pembeli hari ini sangat dipengaruhi oleh suara pengguna sebenar. Sebanyak 64% mengatakan keputusan mereka dipengaruhi oleh review pembeli dia media sosial. Selain itu, kecenderungan mereka untuk membeli tidak terhad kepada Black Friday sahaja. 52% menyatakan mereka akan membeli lebih banyak apabila menerima tawaran atau kod diskaun daripada peniaga.
Terma Penghantaran Boleh Menentukan Sama Ada Jualan Menjadi Atau Tidak
Pembeli Black Friday amat menitikberatkan penghantaran percuma, dan mereka kini lebih memilih tempat membeli berdasarkan polisi penghantaran dan pemulangan. Dalam tempoh jualan besar seperti Black Friday, caj tambahan memainkan perasan besar dalam menentukan sama ada pelanggan meneruskan pembelian atau meninggalkan cart.

Pembeli Black Friday Tidak Teragak-agak Meneroka Lebih Jauh
Pembeli Black Friday kini lebih terbuka untuk membeli daripada retailer luar negara, bukan hanya peniaga dalam negara. Mereka sedia mencuba jenama antarabangsa asalkan tawaran yang diberikan benar-benar berbaloi.
Ini menunjukkan persaingan semakin luas, dan SME perlu memastikan harga, nilai, serta pengalaman pembelian mampu menyaingi pilihan global.

Mereka Bersedia Membuat Pembelian Impulsif
Daripada produk trending hingga pengaruh media sosial, Black Friday Shoppers membeli dengan lebih kerap jika ada faktor yang mendorong. Menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel dan memastikan produk anda trending di media sosial berpotensi menarik lebih ramai pembeli.

Peluang Strategik
- Tawarkan Diskaun Yang Benar-Benar Berbaloi – Pembeli sangat dipacu oleh penjimatan. Pastikan promosi jelas, telus dan tidak mengelirukan untuk bina kepercayaan.
- Fokus Produk High-Demand – Elektronik, pakaian dan kasut adalah kategori paling laris. SME boleh fokus pada stok yang cepat bergerak.
- Gunakan Social Proof & Ulasan Pelanggan – 64% pembeli dipengaruhi review di media sosial. Highlight testimoni, rating, dan UGC untuk tingkatkan conversion.
- Sediakan Polisi Penghantaran & Pemulangan Yang Mesra Pembeli – Pembeli memilih retailer berdasarkan caj penghantaran & return policy. Free shipping atau threshold shipping membantu jualan.
- Optimumkan Promosi Terhad Masa (Urgency Marketing) – Gen Z & Millennials sangat responsif terhadap “limited-time deals.” Gunakan countdown, flash sale dan voucher masa terhad.
- Sasar Pembeli Antarabangsa – Ramai pembeli Black Friday tidak kisah beli dari luar negara. SME boleh guna marketplace global & tawarkan harga kompetitif.
- Sediakan Kaedah Pembayaran Fleksibel – Pembeli mudah buat pembelian impulsif. Tawarkan BNPL, e-wallet dan pembayaran mudah untuk tingkatkan checkout rate.
Kesimpulan
Black Friday kekal sebagai peluang besar untuk SME memacu jualan, menarik pelanggan baharu dan meningkatkan trafik online. Dengan memahami motivasi pembeli — seperti diskaun, kepercayaan harga, social proof dan polisi penghantaran — SME boleh merangka strategi yang lebih tepat dan kompetitif. Fokus pada promosi yang jujur, pengalaman membeli yang lancar dan penawaran produk yang relevan untuk memaksimumkan impak jualan sepanjang musim ini.
