Daya Saing Kosmetik Halal di Pasaran Global

Vol (17)

Sepintas Lalu

  • Event: Halal Cosmetics Market
  • Industri Berkaitan: Beauty and Cosmetics, Health & Wellness, Retail, E-Commerce
  • Potensi Impak: Permintaan terhadap produk halal dijangka terus meningkat selari dengan pertumbuhan populasi Muslim global dan kesedaran pengguna terhadap bahan yang selamat dan bersih.

Rumusan

Pasaran kosmetik halal global dijangka mencecah USD115.03 bilion menjelang tahun 2032, didorong oleh permintaan terhadap produk semula jadi dan bebas bahan kimia. Permintaan tinggi bukan hanya datang daripada negara Islam, malah pengguna bukan Islam kini turut cenderung memilih produk halal atas faktor keselamatan dan ketelusan bahan.

Asia Pasifik menguasai lebih 64% pasaran, dengan pemain utama terus melabur dalam inovasi untuk menarik pengguna muda. Kajian dan pembangunan (R&D) terus menjadi tumpuan utama syarikat besar dalam menawan hati pengguna, khususnya wanita Muslim.

Namun, gangguan bekalan akibat COVID-19 memberi cabaran besar kepada pengeluar berskala kecil terutamanya di negara seperti India dan Malaysia yang tepaksa berdepan turun naik harga bahan mentah serta gangguan bekalan.

Bagi pemain industri, ini adalah masa terbaik untuk menjenamakan semula produk sebagai bersih, selamat dan diyakini – tiga elemen penting dalam keputusan pembelian hari ini. Secara keseluruhan, landskap ini membuktikan bahawa pasaran kosmetik halal bukan sahaja matang, malah kaya dengan peluang. Asalkan pemain industri bersedia bertindak pantas, berinovasi, dan membina kepercayaan melalui pensijilan dan kualiti produk.

Saiz Pasaran Kosmetik Halal, Analisis Impak Industri, Tren dan Ramalan Mengikut Jenis, Saluran Edaran, 2024-2032

Sumber: Fortune Business Insights

Permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan dan bahan semula jadi terus meningkat sejak beberapa dekad lalu.

Pengguna yang mengutamakan kesihatan kini lebih cenderung memilih produk penjagaan diri dan kosmetik semula jadi. Dalam konteks ini, kosmetik halal semakin diterima secara meluas kerana kebanyakannya diformulasi tanpa lemak haiwan atau bahan kimia berbahaya.

Banyak jenama kini menampilkan produk berasaskan ekstrak botani dan mineral serta memperoleh pensijilan vegan atau halal sebagai strategi untuk bersaing dalam pasaran kosmetik, sekaligus memberi dorongan positif kepada pertumbuhan industri kosmetik halal global.

Sumber: Fortune Business Insights

Sumber: Islamic Consumer Goods – Cosmetic and Personal Care – Guidelines

Produk kosmetik halal diperbuat daripada campuran bahan seperti minyak, pelarut organik, protein, vitamin, ekstrak tumbuhan, dan antioksidan – semuanya diproses mengikut piawaian halal yang ketat.

Pengilang memantau setiap peringkat penghasilan bagi memastikan produk mematuhi gred halal.

Menurut hukum Islam, penggunaan bahan daripada tubuh manusia, babi, darah, reptilia dan serangga adalah haram.

Ramai pengguna semakin menyokong produk halal keluaran tempatan. Oleh itu, syarikat kini lebih cenderung menjalankan pemasaran dalam bahasa tempatan dan melalui media sosial

Dalam konteks ini, jenama antarabangsa juga dilihat semakin giat mendapatkan pensijilan halal atau mengambil alih syarikat kecil yang sudah halal sebagai langkah memperluaskan pasaran.

Permintaan terhadap kosmetik halal terus melonjak sejajar dengan pertambahan populasi Muslim global

Di Malaysia, lebih 50% penduduk beragama Islam yang secara tidak langsung memilih produk yang disahkan halal, termasuk kosmetik.

Di India, jumlah Muslim melebihi 10.9% (2019) dan meningkat setiap tahun. Menurut kajian, perbelanjaan terhadap kosmetik di sana telah mencecah US$5.4 Billion tertinggi antara negara-negara dalam rajah di atas.

Laporan Thomsan Reuters dan Salaam Gateway menyatakan bahawa permintaan dalam kalangan generasi muda di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, dan Asia Timur mendorong lebih banyak jenama baru dan pemain antarabangsa memasuki pasaran ini.

Malaysia memainkan peranan penting sebagai peneraju industri halal. Beberapa syarikat tempatan seperti SimplySiti, Wipro Unza, dan Southern Lion telah memperoleh pensijilan halal, manakala syarikat antarabangsa seperti Shiseido (Jepun), Johnson & Johnson, dan Talent Cosmetic (Korea Selatan) turut melancarkan produk halal untuk pasaran Asia.

Negara seperti AS, India, China, dan Malaysia turut membenarkan perdagangan rentas sempadan bagi produk halal, membuka potensi eksport yang besar.

Salah satu cabaran utama dalam pemasaran kosmetik halal ialah faktor harga. Kosmetik yang disahkan halal selalunya dijual pada harga lebih tinggi berbanding produk kosmetik biasa.

Walaupun aspek kualiti dan keselamatan memainkan peranan penting dalam keputusan pembelian, harga masih menjadi faktor utama yang mempengaruhi pengguna – terutamanya di negara membangun seperti India, Brazil, dan China, di mana ramai pengguna mula beralih semula kepada produk kosmetik biasa disebabkan isu harga.

Di samping itu, jenama kosmetik antarabangsa lebih cenderung mengetengahkan label organik, mesra alam atau bebas ujian haiwan (cruelty-free) berbanding pensijilan halal.

Ini menjadikan saingan antara produk halal dan produk “natural” atau “organic” semakin sengit di pasaran global.

Di negara seperti India, produk kecantikan berasaskan Ayurveda mendapat sokongan kerajaan dan diterima luas oleh pengguna tempatan.

Persaingan ini menjadikan laluan untuk produk halal menembusi semakin mencabar – terutama jika tiada kelebihan dari segi harga atau penjenamaan.

Sumber: Standard Insights

Pasaran kosmetik halal dibahagikan kepada beberapa kategori: penjagaan kulit, penjagaan rambut, solekan, dan lain-lain.

Antara semua kategori, produk penjagaan kulit halal memegang bahagian pasaran terbesar pada tahun 2024.

Menurut laporan Cosmetic Europe, lebih 80% pengguna Eropah percaya bahawa produk penjagaan kulit dan diri penting untuk meningkatkan kualiti hidup.

Kesedaran pengguna terhadap aspek halal semakin mendorong penerimaan produk penjagaan kulit halal secara meluas.

Trend ini turut disokong oleh peningkatan perbelanjaan dalam kalangan pengguna dari negara seperti Arab Saudi, Iran, India, Indonesia dan Malaysia, sekaligus memperkukuhkan pertumbuhan pasaran Asia.

Berdasarkan saluran edaran, pasaran kosmetik halal terbahagi kepada dua: jualan fizikal (in-store/offline) dan jualan dalam talian (non-store based/online).

Segmen jualan fizikal kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pasaran.

Kebanyakan jenama halal lebih cenderung menjual produk mereka melalui kedai fizikal – seperti farmasi, butik kecantikan, atau pasar raya – bagi memastikan capaian terus dan keyakinan pengguna terhadap pensijilan halal.

Namun, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan perubahan tingkah laku pengguna, mendorong pengeluar untuk mula memberi tumpuan kepada platform e-dagang dan jualan dalam talian sebagai alternatif dan pelengkap kepada straregi edaran sedia ada.

Sumber: Standard Insights

Analisis pasaran global merangkumi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, Amerika Selatan dan Timur Tengah & Afrika. Asia Pasifik menguasai pasaran global pada tahun 2024 dengan nilai USD 30.60 bilion. Diikuti oleh India dan China, wilayah ini mencatat pertumbuhan yang ketara.

India merupakan salah satu pasaran utama Asia untuk kosmetik bersijil halal dan mempunyai populasi Muslim yang besar,

Jenama-jenama berpotensi dijangka memberi tumpuan kepada pengembangan ke pasaran Asia lain seperti Jepun pada masa akan datang.

Amerika Utara turut menunjukkan pertumbuhan signifikan, dipimpin oleh pasaran Amerika Syarikat pada 2024. Negara ini menyaksikan peningkatan jumlah pemain baru yang memanfaatkan peluang perniagaan kosmetik halal.

Di Eropah, Rusia muncul sebagai pasaran utama pada tahun 2024 dan dijangka mengekalkan kedudukan ini sepanjang tempoh ramalan. Pasaran Itali dijangka menjadi pasaran yang menguntungkan dalam temph akan datang.

Permintaan di Eropah didorong oleh kesedaran pengguna yang meningkat mengenai isu kekejaman terhadap haiwan. Trend vegan yang sedang berkembang turut menyokong kosmetik halal dan dijangka meningkatkan jualan produk pada tahun-tahun akan datang.