Dari Jurutera ke Perintis Industri EV

Bagaimana Wan Ahmad Wan Omar Membina GVT Sdn. Bhd. Menjadi Jenama Kenderaan Komersial & EV Bumiputera Terkemuka Melalui Strategi, Struktur & Skala

Profil Pengasas: Minat Automotif, Visi Seorang Jurutera Strategik

Wan Ahmad Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Wawo bukanlah asing dalam industri automotif Malaysia. Dilahirkan dalam keluarga sederhana di Terengganu, beliau diasuh dengan nilai keusahawanan sejak kecil: ayahnya berniaga di pasar malam manakala ibunya bekerja di sawah padi. Dari situ, Wawo belajar erti kerja keras dan berdikari.

Minatnya terhadap kenderaan mula terserlah sejak sekolah menengah lagi terpesona dengan reka bentuk, spesifikasi dan teknologi automotif. Minat ini mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Robotik) dan memulakan kerjaya membina bot pada tahun 1992.

Antara tahun 1993 hingga 2010, Wawo menimba pengalaman luas sebagai jurutera dan kemudiannya sebagai Pengurus Besar Operasi di tiga syarikat pemasangan kenderaan utama. Beliau turut menjalani latihan di Jepun dalam bidang pemasangan dan pengeluaran. Namun, krisis dalaman syarikat mendorongnya meninggalkan kerjaya stabil itu untuk memulakan perjalanan keusahawanan sendiri dalam sektor automotif.

Pada tahun 2011, berbekalkan modal RM100,000 dan jaringan industri yang kukuh, beliau menubuhkan sebuah kilang pemasangan kenderaan di Gurun, Kedah. Dalam tempoh lima tahun, lebih 6,000 unit berjaya dijual. Namun, kelemahan strategi jualan menyebabkan keuntungan merosot. Dari situlah Wawo mengambil keputusan untuk bergerak sendiri dan menubuhkan GVT Sdn. Bhd. pada tahun 2017.

GVT Sdn. Bhd.: Membina Jenama Tempatan, Menstruktur Kepercayaan Pasaran

GVT ditubuhkan dengan misi jelas membangunkan jenama kenderaan tempatan bermula dengan Go Auto Van, serta menawarkan penyelesaian pengangkutan menyeluruh: jualan, perkhidmatan selepas jualan, dan sokongan berterusan. Strategi awalnya adalah menumpukan kepada pelanggan kerajaan untuk membina keyakinan pasaran.

Namun, halangan bukan sedikit: modal terhad, kurang keyakinan masyarakat terhadap kenderaan keluaran China, dan keperluan membina infrastruktur dari bawah. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Wawo pernah bermalam di masjid atau hentian lebuhraya kerana tidak mampu membayar hotel. Pernah juga beliau menyewa pejabat rakan hanya untuk bertemu klien antarabangsa, malah pernah kerugian RM130,000 akibat ditipu ejen import.

Perniagaan sampai ke titik genting pada tahun 2021 apabila GVT mula mendatar dan tidak mampu berkembang. Inilah detik perubahan apabila salah seorang staf memperkenalkan beliau kepada RichWorks Consulting Group (RCG).

Transformasi Bersama RCG: Struktur, Penjenamaan & Lonjakan Jualan

Selepas menyertai program Titan Circle di bawah RCG, Wawo mula membina semula asas perniagaan GVT secara berstruktur. Beliau sedar bahawa dalam industri bernilai tinggi seperti automotif, syarikat perlu beroperasi seperti sebuah korporat bukan sekadar kilang.

Salah satu lonjakan terbesar GVT ialah langkah strategik memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV). Kini, GVT bukan sahaja menghasilkan van dan bas elektrik, malah sedang membangunkan trak elektrik pertama keluaran tempatan. Strategi Wawo jelas: membina ekosistem jangka panjang yang fokus pada mobiliti masa depan, sokongan kerajaan dan keperluan logistik yang kian berubah.

Skala dengan Sistem: Dari RM22 Juta ke RM248 Juta

Dengan pemikiran strategik dan komitmen tinggi terhadap sistem serta bimbingan, GVT mencapai pertumbuhan pesat:

  • 2022 – RM22.85 juta
  • 2023 – RM45.8 juta
  • 2024 – RM248 juta
  • 2025 (YTD) – RM31.78 juta

Setakat ini, GVT telah menghasilkan lebih 8,000 unit kenderaan dengan pelanggan utama termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan syarikat pengangkutan. Syarikat kini dalam persediaan untuk berkembang lebih jauh melalui pelaburan dalam pembangunan pasukan, perkhidmatan selepas jualan, dan infrastruktur pembiayaan dengan sasaran jualan tahunan mencecah RM50 – 100 juta.

Kini, Wawo menguruskan masanya dengan strategi jelas: 60% bertemu klien, 20% membangunkan pasukan, dan 20% fokus pada strategi modal serta aliran tunai menandakan transformasinya daripada seorang pengasas teknikal kepada pemimpin perniagaan strategik.

Kesimpulan: Kepimpinan sebagai Amanah, Perniagaan sebagai Misi

Perjalanan Wawo bukan sekadar membina kilang atau menjual van ia tentang visi, keberanian, dan disiplin dalam membina industri nasional dari bawah. Dari tidur di masjid hingga kini memimpin syarikat bernilai ratusan juta ringgit, beliau membuktikan bahawa dengan minda jurutera dan bimbingan perniagaan yang tepat, transformasi industri adalah sesuatu yang nyata.

“Kalau kita jatuh, tiada siapa yang akan angkat perniagaan kita melainkan diri kita sendiri. Tapi bila ada sistem, MenThor, dan hala tuju yang jelas—kita bukan sekadar bangkit, kita cipta penyelesaian untuk negara.” — Wawo

Tags :

Magazine

Share This :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JANGAN LEPASKAN PELUANG

SECARA PERCUMA SEKARANG!