Supply Chain Disruption; Cabaran Kos Logistik dan Kesan Kepada SME di Malaysia

Vol

Sepintas Lalu

  • Event: Supply Chain Disruption
  • Industri Berkaitan: Semua industri yang menggunakan logistik sebagai sebahagian daripada operasi utama
  • Potensi Impak: Industri yang bergantung kepada import bahan mentah, logistik, dan pengedaran terjejas akibat gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos. industri ini akan mengalami kenaikan harga bahan mentah, kelewatan penghantaran, serta cabaran dalam memenuhi permintaan pasaran.

Rumusan

Kos operasi perniagaan dijangka terus meningkat tahun ini, dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kenaikan harga bahan mentah, kos tenaga kerja, serta cabaran dalam rantaian bekalan global. Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia), Chin Chee Seong, menyatakan bahawa walaupun perniagaan cuba menyerap sebahagian beban kos ini, sebahagiannya tetap akan memberi kesan kepada harga produk dan perkhidmatan.

Selain peningkatan gaji minimum, kos lain seperti elektrik, bahan mentah, pengangkutan, dan cukai turut mencatatkan kenaikan. Menurutnya, SME turut berdepan persaingan daripada syarikat luar negara, terutama dari China dan India yang menawarkan harga lebih kompetitif.

“Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja, tetapi pada masa yang sama mencetuskan kebimbangan di kalangan SME mengenai kos operasi yang meningkat.”Situasi ini menjejaskan daya saing perniagaan tempatan. Apabila jualan menurun, sebilangan syarikat terpaksa menyesuaikan harga bagi menampung kos operasi,” katanya.

Gangguan rantaian bekalan pula kekal sebagai cabaran utama bagi SME di Malaysia, terutamanya dalam menangani peningkatan kos logistik dan perubahan dalam perdagangan global. Beberapa industri seperti pembuatan, logistik dan e-dagangan dijangka terkesan secara langsung, dengan peningkatan kos operasi dianggarkan antara 3 hingga 5 peratus.

SME Berdepan Cabaran Kos Logistik yang Meningkat

Pasaran logistik Malaysia dijangka berkembang daripada USD 33.68 bilion pada tahun 2025 kepada USD 53.17 bilion menjelang 2034, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 5.20%.

Pertumbuhan ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap perkidmatan logistik, namun SME mungkin menghadapi cabaran dalam menampung kos yang semakin meningkat.

Sumber: The Primary Research, Secondary Research, MRFR Database and Analyst Review

Walaupun caj penghantaran meningkat secara berterusan sebagai tindak balas kepada gangguan Laut Merah dan lonjakan permintaan yang tidak dijangka, keadaan sedemikian tidak mampan dalam dalam jangka panjang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bercadang untuk mengawal selia harga asas kurier untuk mengekalkan industri, satu langkah yang mencetuskan kebimbangan mengenai potensi kesannya terhadap perniagaan yang sensitif terhadap kos.

Perubahan ini termasuk gesaan untuk melaksanakan harga lantai bagi bungkusan, yang menurut mereka akan membantu mewujudkan persaingan yang lebih adil dalam sektor kurier. Pasaran kurier dan bungkusan Malaysia dijangka berkembang dengan ketara, mencecah anggaran AS$1.58 bilion menjelang 2025, didorong oleh ledakan e-commerce.

Bagi SME, kos logistik boleh mempengaruhi daya saing dengan ketara. Ramai kini berhadapan dengan kesukaran berurus niaga, sama ada untuk menyerap perbelanjaan penghantaran yang semakin meningkat dan mengecilkan margin yang sudah tipis, atau memindahkan kos ini kepada pelanggan, mempertaruhkan penurunan jualan.

Bagi memastikan sektor logistik Malaysia terus menyokong SME dan ekonomi yang lebih luas, inovasi dan transformasi digital mesti menjadi tumpuan utama, “ kata SAMENTA

Gangguan Rantaian Bekalan & Kos Logistik: Cabaran dan Peluang untuk SME di Malaysia

Ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan China telah mendorong syarikat dalam sektor pembuatan dan semikonduktor untuk memindahkan operasi mereka ke negara-negara yang lebih neutral seperti Malaysia. Sebagai contoh, Pulau Pinang kini menjadi hab penting dalam pengeluaran semikonduktor, menempatkan pelbagai syarikat teknologi multinasional. Walaupun ini membuka peluang, SME tempatan perlu bersaing dalam rantaian bekalan global yang semakin kompleks.

Industri pembuatan di Malaysia turut menyaksikan peningkatan ketara dalam kos logistik. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai kerja pembinaan meningkat sebanyak 20.2% kepada RM158.8 bilion pada tahun 2024, yang turut mempengaruhi kos logistik.

Selain itu, unjuran menunjukkan kenaikan kos operasi antara 3% hingga 5%, memberi tekanan tambahan kepada PKS dalam sektor ini.

Pertumbuhan platform membeli-belah dalam talian dan perubahan keutamaan pengguna yang lebih cenderung membeli barangan secara atas talian telah menyebabkan peningkatan dalam penghantaran bungkusan serta operasi logistik.

Namun, ekosistem e-dagang di Malaysia kini berdepan cabaran akibat kenaikan kos penghantaran dan ketidakselarasan kualiti perkhidmatan.

Kajian oleh Milieu Insight mendapati bahawa 73% pembeli akan mengurangkan pembelian mereka sekiranya kos penghantaran meningkat, yang boleh mengancam pertumbuhan industri e-dagang tempatan.