Sepintas Lalu
- Event: Digital Payment Trends
- Industri Berkaitan: Semua industri yang melibatkan transaksi kewangan dan perniagaan, khususnya SME.
- Potensi Impak: Penggunaan e-wallet meningkatkan jualan dan menarik pelanggan, tapi memerlukan teknologi, keselamatan, dan kemahiran digital.
Objektif
- Memberi gambaran komprehensif tentang trend pembayaran digital di Malaysia dan kesannya terhadap SME.
- Mengenalpasti peluang strategik daripada trend penggunaan e-wallet dan sistem POS.
- Mengusulkan strategi penyesuaian untuk SME yang berhadapan dengan cabaran dalam transformasi digital.
Rumusan
Peralihan kepada pembayaran digital semakin relevan dengan peningkatan penggunaan e-wallet di Malysia. Dengan lebih 63% pengguna internet di Malaysia menggunakan telefon pintar dan hampir 58% menggunakan e-commerce, perubahan ini membuka peluang untuk pertumbuhan dan transformasi perniagaan.
Penggunaan teknologi seperti e-wallet, pembayaran melalui aplikasi mudah alih, pembayaran melalui QR, dan sistem transaksi dalam talian semakin diterima oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi muda.
SMEs di Malaysia telah menunjukkan daya adaptasi yang baik, dengan banyak perniagaan beralih kepada digitalisasi dan inovasi, namun masih terdapat jurang dalam penerapan teknologi di kalangan SMEs tertentu yang boleh membantutkan pertumbuhan jika tidak ditangani segera.
Artikel ini akan meneroka trend utama dan persediaan yang dapat membantu SMEs berkembang disokong oleh statistik dan pandangan terkini mengenai sektor SMEs
Landskap Baru Kaedah Pembayaran di Malaysia
E-Wallet Sebagai Pemacu Perubahan Perbelanjaan
Kajian terhadap aktiviti rakyat Malaysia dalam tempoh tiga bulan terakhir menunjukkan perubahan ketara dalam sektor seperti pilihan kaedah pembayaran, membeli-belah, pelancongan, pengambilan makanan dan permainan video game.


Mengikut kajian, penggunaan e-wallet di Malaysia sedang meningkat, menjadi salah satu perubahan utama dalam landskap pilihan kaedah pembayaran. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan penggunaan aplikasi e-wallet terutama di kawasan luar bandar bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Timbalan Menteri Datuk Rosol Wahid berkata, pelaksanaan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) adalah antara usaha dilakukan dalam mempercepatkan penerimaan dan penggunaan digitalisasi dalam perniagaan. Kementerian telah menyasarkan sebanyak 15,000 peniaga berdaftar e-wallet sehingga tahun 2025.

Kajian Statista juga menunjukkan bahawa lebih daripada 16 juta pengguna dijangka menggunakan e-wallet menjelang 2025, didorong oleh kemudahan dan promosi seperti rebat tunai, diskaun, dan mata ganjaran yang boleh ditebus untuk pembelian akan datang.
Platform seperti GrabPay, Touch ‘n Go, dan ShopeePay mendominasi pasaran, terutamanya dalam kalangan pengguna generasi muda.
Revolusi Pembayaran Digital di Malaysia: E-wallet Sebagai Pilihan Utama
Peningkatan Penggunaan E-Wallet Sepanjang 2025
Kadar penggunaan e-wallet terus meningkat sebanyak 90% pada suku ketiga 2024. Peningkatan ini turut disokong oleh purata perbelanjaan bulanan e-wallet yang mencecah RM414.1.

Apabila membandingkan pembayaran fizikal (tunai) dengan pembayaran digital, jelas bahawa penggunaan tunai semakin menurun sepanjang tahun lalu, manakala pembayaran digital terus mendapat momentum.


Pada suku kedua dan ketiga 2024, lebih daripada 62% pengguna memilih pembayaran digital. Pecahan menunjukkan e-wallet mendominasi dengan (28%) penggunaan, kad debit (12%), aplikasi perbankan (9%), kad kredit (7%) dan pindahan bank (5%).
Jadi, seiring perubahan sikap pengguna, peniaga dalam setiap sektor perlu menyesuaikan diri untuk memenuhi keutamaan pelanggan. ni termasuk memanfaatkan potensi e-wallet sebagai alat untuk meningkatkan kepuasan pelanggan serta menawarkan kepelbagaian dalam kaedah pembayaran.

Penggunaan e-wallet di Malaysia paling dominan dalam tiga kategori utama, iaitu barangan runcit (71%), makanan dan minuman (F&B)(68%), dan kedai serbaneka (59%).
Statistik ini menunjukkan bahawa pengguna lebih cenderung menggunakan e-wallet untuk memenuhi keperluan harian mereka. Faktor seperti program ganjaran (rewards), kemudahan penggunaan, penjimatan masa, dan kempen kolaborasi yang menarik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pilihan pengguna.
Peluang Strategik
- Barangan runcit
- Bekerjasama dengan penyedia e-wallet untuk menawarkan ganjaran ekslusif kepada pelanggan yang menggunakan e-wallet.
- Menggunakan data transaksi e-wallet untuk memahami corak pembelian pelanggan. Menurut kajian, pelanggan lebih cenderung membuat pembelian berulang jika kedai menawarkan promosi mengikut keperluan mereka.
- Makanan dan minuman (F&B)
- Mengintegerasikan e-wallet dengan sistem pesanan digital.
- Menawarkan diskaun atau tawaran istimewa untuk pembayaran melalui e-wallet dalam tempoh tertentu.
- Kedai serbaneka
- Menawarkan baucar atau kupon digital melalui e-wallet dapat menarik lebih ramai pelanggan.
- Menyediakan kemudahan pembayaran melalui e-wallet. Menurut kajian, 70% pelanggan lebih suka kedai yang menawarkan pilihan pembayaran digital
Transformasi Sistem Point of Sale (POS) untuk SME di Malaysia
Perkembangan Terkini Sistem POS
Sistem Point of Sale (POS) di Malaysia semakin berkembang pesat dan dinamik. Banyak perniagaan dalam sektor seperti runcit dan F&B telah beralih kepada teknologi moden untuk meningkatkan operasi. Sistem POS yang moden menawarkan penyelesaian yang lebih efektif melalui integrasi pembayaran digital, pengurusan inventori, dan analisis data, sejajar dengan keperluan pasaran yang berubah-ubah.
Tujuan utama sistem POS adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan. Menyesuaikan diri dengan teknologi dan trend ini adalah kunci untuk perniagaan kekal relevan.
Antara perubahan utama termasuk peralihan ke arah penyelesaian berasaskan Cloud-Based yang menawarkan akses dan penyimpanan data yang lebih baik. Sistem POS mudah alih (mPOS) juga menjadikan perniagaan lebih fleksibel dan mobiliti, terutamanya dalam sektor runcit dan F&B.
Integrasi dengan e-wallet dan pembayaran tanpa sentuh semakin menjadi kebiasaan, memenuhi keperluan pengguna yang celik teknologi. Bagi perniagaan, menawarkan pelbagai pilihan pembayaran adalah penting untuk kekal berdaya saing.

Peluang Strategik
- Dengan sistem POS, SME boleh menyediakan pilihan pembayaran yang pelbagai seperti e-wallet, kad debit, dan pembayaran tanpa sentuh, memenuhi keperluan pengguna
- Sistem POS dengan analitik data dapat membantu perniagaan mengenal pasti produk laris, corak pembelian pelanggan, dan peluang penjualan silang.
- Menggunakan POS sistem yang berasaskan Cloud-Based dan AI membolehkan SME mengurus stok dengan lebih tepat, mengurangkan risiko kehabisan atau terlebih stok.
- Beberapa sistem POS kini menyokong integrasi dengan platform seperti Shopee, Lazada, dan Tikok, membolehkan SME menjangkau lebih ramai pelanggan
Transformasi Sistem Point of Sale (POS) untuk SME di Malaysia
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor SME dan MSME mencatat pertumbuhan 5%, menyumbang RM613.1 bilion kepada KDNK, iaitu 39.1% ekonomi negara. Transformasi digital kini mengubah landskap industri, dan Malaysia mengambil langkah penting untuk menyokong sektor ini dalam mendepani ekonomi digital.
Selaras dengan Bajet MADANI 2025, Kementerian Kewangan (MOF) memperkenalkan Geran Padanan Digital bernilai RM50 juta melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mempercepatkan transformasi digital MSME, termasuk usahawan dan peniaga kecil.
Geran Padanan Digital bertujuan menangani cabaran utama yang dihadapi MSME dalam pengadaptasian digital, termasuk kos pelaksanaan teknologi baru. Bagi banyak perniagaan kecil, pelaburan dalam alat digital dapat memudahkan operasi perniagaan, bermula daripada penggunaan sistem POS kepada penambahbaikan rekod transaksi perniagaan. Dengan menyediakan geran ini, kerajaan berusaha menghapuskan halangan kewangan dan menggalakkan MSME menggunakan penyelesaian digital yang dapat meningkatkan produktiviti, operasi dan memperluaskan pasaran mereka.
Komitmen MOF melalui Geran Padanan Digital adalah untuk membentuk ekonomi Malaysia yang berdaya saing. Untuk maklumat lanjut, layari: BSN Digital Grant.
Pendigitalan yang ditawarkan:
- Pemasaran digital / Jualan
- Sistem Titik Jualan (POS system)
- Sistem Penggajian Sumber manusia (HR) / Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM)
- Perancangan sumber perusahaan (ERP) / Perakaunan & Percukaian
- Keselamatan siber
- Sistem IoT
- Tandatangan digital
Peluang Strategik
- Menggunakan geran ini untuk memperluas pasaran melalui pemasaran digital dan e-commerce.
- Mengintegrasikan sistem seperti POS, ERP, atau CRM untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi
- Bekerjasama dengan penyedia teknologi atau syarikat lain untuk mempercepatkan inovasi
- Menawarkan produk baharu atau menyesuaikan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang
