Peningkatan Cukai Minuman Bergula: Pelan Tindakan untuk Industri F&B

2

Sepintas Lalu

  • Event: Peningkatan Cukai Minuman Bergula
  • Industri Berkaitan: Food & Beverages
  • Potensi Impak: Kos bahan mentah meningkat, pengguna beralih kepada produk rendah gula dan bebas gula, permintaan terhadap alternatif sihat meningkat

Rumusan

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan cukai eksais ke atas minuman bergula sebanyak 40 sen per liter — daripada 50 sen kepada 90 sen per liter.

Artikel ini akan membincangkan implikasi ekonomi kenaikan cukai minuman bergula, menganalisis perubahan tingkah laku pengguna, serta mencadangkan strategi praktikal untuk SME dalam industri F&B menyesuaikan diri dengan cabaran ini sambil memanfaatkan peluang pasaran yang baru.

Insight Terhadap Peningkatan Cukai Gula di Malaysia

Industri: Makanan & Minuman

Kenaikan cukai sebanyak 80% ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam “perang terhadap gula” untuk mengurangkan pengambilan gula dan menangani isu kesihatan seperti obesiti dan diabetes. Dana yang diperoleh daripada kenaikan cukai akan digunakan untuk inisiatif kesihatan awam, termasuk meningkatkan rawatan diabetes dan memperluas akses kepada perkhidmatan dialisis

Kenaikan cukai gula yang akan berkuat kuasa pada Januari 2025 secara langsung meningkatkan kos bahan mentah bagi produk yang mengandungi gula.

Menurut kajian, 78% responden bersetuju bahawa pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman bergula mengurangkan keuntungan bagi pengeluar – sumber

Melangkah ke hadapan, penggunaan gula di Malaysia dijangka menurun sebanyak 6% kepada 1.6 juta tan dalam tempoh 2024/2025, terutamanya disebabkan oleh kos gula yang tinggi di pasaran domestik. Angka-angka ini menunjukkan penggunaan gula di Malaysia dipengaruhi oleh faktor seperti tahap pengeluaran, harga dan inisiatif kesihatan awam.

Sumber: Foreign Agricultural Service/USDA – Global Market Analysis (Nov 2024)

Jangkaan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Selepas Kenaikan Cukai Gula

Peralihan Keutamaan Pengguna ke Arah Pilihan Lebih Sihat

Peningkatan cukai ke atas minuman bergula turut memacu perubahan dalam tingkah laku pengguna, mendorong mereka untuk memilih alternatif rendah gula atau tanpa gula sekali gus membawa kepada implikasi signifikan kepada industri F&B di Malaysia.

Source: National Health & Morbidity Survey (NHMS)

Berdasarkan graf National Health & Morbidity Survey (NHMS) ini, terdapat hubung kait antara kadar obesiti dan trend industri makanan dan minuman (F&B), khususnya yang melibatkan minuman dan makanan bergula.

Syarikat mungkin perlu melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau menggunakan pemanis alternatif. Ini memerlukan sumber kewangan dan masa yang mungkin terhad.

Kenaikan ini secara langsung meningkatkan kos bahan mentah bagi produk yang mengandungi gula. Ini memaksa syarikat untuk menilai semula struktur kos mereka.

Strategi Penyesuaian Industri F&B Terhadap Kenaikan Cukai Gula

Menyeimbangkan Kos dan Permintaan Pengguna

Bagi SME di Malaysia, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini akan menentukan kejayaan mereka dalam era baharu industri F&B. Dengan strategi yang tepat dan inovasi produk yang relevan, cabaran ini boleh ditukar menjadi peluang untuk membina masa depan yang lebih baik bagi industri tersebut.

Kesimpulan

Kenaikan cukai minuman bergula memberikan cabaran besar kepada industri F&B di Malaysia, termasuk kos bahan mentah yang meningkat dan perubahan tingkah laku pengguna ke arah pilihan lebih sihat.

SME perlu menyesuaikan strategi dengan mempelbagaikan produk rendah gula, bekerjasama untuk mengurangkan kos, dan berkomunikasi secara efektif dengan pengguna mengenai perubahan harga. Dengan pendekatan strategik, cabaran ini boleh ditukar menjadi peluang untuk menyokong gaya hidup sihat dan meningkatkan daya saing dalam industri.