Berniaga Dah Lama Tapi Masih Tersekat? Ini Mungkin Sebab Anda Tak Jujur Dengan Diri Sendiri.

Ramai usahawan sekarang rasa stuck.

  1. Dah masuk kelas. Dah ada tools. Dah buat content. Tapi result masih tak naik.
  2. Team slow. Sales suam. Diri sendiri makin hilang semangat.

Dan mula tanya diri sendiri, “Aku ni salah jalan ke?”

Tapi realitinya, yang salah bukan jalan. Yang tak jelas ialah siapa yang sedang berjalan.

“Kalau anda masih bawa identiti lama, tak kira betapa bagus strategi anda, bisnes tetap akan tersekat.”

Realitinya: Masalah Bukan Bisnes. Tapi Diri Anda Sendiri.

Saya selalu cakap, kalau dalam diri kita penuh dengan emosi tak selesai, ego yang tak dikawal, trauma yang belum sembuh, atau penat yang tak ditangani, maka tindakan kita pun akan berat, ragu dan tak konsisten. Dan bila tindakan keliru, keputusan pun tak akan tepat.

Mereka ubah strategi, tapi tak ubah diri.

Mereka upgrade tools, tapi tak upgrade mentaliti.

Mereka tambah team, tapi masih fikir sebagai individu.

7 Sebab Kenapa Founder Masih Tersangkut

1. Terlalu Fokus Tools, Tapi Diri Sendiri Tak Berubah

Ramai obses dengan AI, Canva, TikTok , semua yang fancy. Tapi dari segi kepimpinan, semangat, clarity dan mindset? Masih tak berubah.

“You nak team berubah, tapi you sendiri masih moody, belum pulih dari kekecewaan lepas, masih cepat triggered.”

Kalau dalaman kita lemah, tindakan pun akan lemah.

2. Tak Mahu Ambil Langkah Kecil

“Sebelum lari, kena belajar merangkak dulu.”

Nak grow laju? Start dengan langkah kecil yang konsisten.

  • ✅ Sanggup belajar walaupun tak nampak jalan
  • ✅ Sanggup konsisten walaupun tak ada hasil lagi
  • ✅ Sanggup mula semula dengan cara yang betul

Ramai nak result RM1 juta, tapi tak sanggup buat 50 call pertama.

3. Tak Urus Database, Tak Follow-Up, Tak Bangunkan Pasukan

Antara punca utama bisnes stuck:

  • Database pelanggan tak dijaga
  • Tak ada sistem follow-up
  • Marketing hanya nak jual, tak bina hubungan
  • Founder buat semua — tak leverage team

“Marketing bukan untuk buat duit cepat. Tapi untuk menjemput prospek, bina trust, dan create presence jangka panjang.”

Kalau data tak jadi senjata, bisnes anda main nasib.

Bukti Nyata: Founder Pecah RM3.1 Juta Julai Ini (Bartech Beautee)

Salah seorang founder yang saya bimbing capai jualan RM3.1 juta — highest ever.

Apa dia buat?

Bukan strategi baru. Tapi komitmen baru pada strategi yang betul.

4. Brand Tak Konsisten & Tak Jelas Siapa Nak Serve

Brand bukan logo atau tagline. Ia mesej yang konsisten.

  • Cara anda bercakap
  • Nada suara
  • Siapa yang anda bantu
  • Emosi yang anda bawa

“Kalau brand anda asyik tukar gaya, pelanggan pun akan hilang percaya.”

Nak bantu wanita bertudung? Mana produk untuk mereka? Mana mesej yang masuk hati mereka?

5. Tak Guna Kekuatan Sendiri

“Ramai terlalu fokus pada apa yang mereka tak ada — sampai lupa apa yang mereka power.”

Fokus pada kekuatan anda:

leadership, skill, audience, lokasi, komuniti.

Bila anda tahu kekuatan sendiri — anda tahu dari sudut mana nak menang.

6. Mindset Lama, Emosi Tersekat

Ramai stuck sebab:

  • ❌ Masih trauma kegagalan lepas
  • ❌ Masih ‘perang’ dengan emosi sendiri
  • ❌ Masih tak jelas kenapa buat bisnes
  • ❌ Tak sanggup lepaskan identiti lama

“Nak naik stage baru dalam bisnes, kena bersedia jadi orang baru.”

7. Tak Faham Saiz Pasaran & Potensi Jangka Panjang

Banyak founder tak ambil masa untuk:

  • Kenal pasti segmen pelanggan
  • Faham potensi pasaran
  • Bangunkan produk untuk long-term fit

Kalau anda jual makanan, kenapa tak kaji potensi pasaran Muslimah, ibu menyusu, warga emas?

Kalau anda dalam F&B — berapa kali anda interview pelanggan untuk tahu keperluan sebenar?

“Orang yang faham pasaran, akan bina bisnes untuk bertahan. Bukan sekadar ‘meletup’ musim raya.”

Tanya Diri Anda Minggu Ini:

  1. Adakah anda benar-benar jujur dengan apa yang anda bawa dalam diri?
  2. Adakah anda bersedia ubah cara fikir dan ambil langkah kecil dengan konsisten?
  3. Adakah anda leverage pasukan, data, dan customer database atau buat semua sendiri?
  4. Adakah brand anda dipercayai & konsisten?
  5. Apakah kekuatan sebenar anda dan adakah anda sedang gunakan ia sepenuhnya?
  6. Apa potensi sebenar pasaran anda dan adakah anda betul-betul faham siapa pelanggan anda?

Ramai founder stuck bukan sebab tak cukup tools, tapi sebab tak kenal diri, tak jujur dengan matlamat, dan tak susun strategi yang konsisten.

Saya dan team RichWorks dah bantu ratusan founder dari RM0 ke RM10 juta setahun hingga ada yang mencapai RM400 juta ke RM550 juta setahun.

Nak Richworks beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih. Atau daftar terus di sini: https://bit.ly/Business-Diagnosis-Report

Nak Richworks beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih.

Daftar terus dengan tekan butang di bawah.


“Bisnes anda tak akan berubah kalau anda tak berani jujur dan berubah dari dalam.”

Saya percaya, bila anda mula semula dengan niat yang betul, clarity yang jelas, dan bimbingan yang tepat…

  • 💥 Bukan saja bisnes anda akan berubah.
  • 💥 Tapi diri anda akan jadi manusia baru yang lebih tenang, yakin dan kuat.

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group

Tags :

Uncategorized

Share This :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *